SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,054 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,618 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,882,059 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,975 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,818,237 kes.
Sifar kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,444 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,753 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,378 kes dengan 26,275 kes atau 96 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,060 kes atau 3.9% pesakit dirawat di hospital, 27 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 16 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN