ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,023 kes semalam berbanding 2,231 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,865,480 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,699 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,805,184 kes.
Sifar kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,415 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,742 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,881 kes dengan 22,882 kes atau 95.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 965 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 14 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 20 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN