Facebook Twitter
    Trending
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 tip bantu atasi masalah insomnia

    8 tip bantu atasi masalah insomnia

    By Zubaidah IbrahimOctober 12, 2022Updated:October 12, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan mental.- GAMBAR HIASAN

    MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan satu daripada lapan orang di seluruh dunia menghidap gangguan mental pada tahun 2019 sebelum berlakunya pandemik dan kedatangan Covid-19 memburukkan lagi masalah tersebut.

    Sehubungan itu, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022 pada 10 Oktober, Pusat Perubatan Sunway menggalakkan orang ramai untuk memberi perhatian kepada kesihatan mental dengan terlebih dahulu memperbaiki kualiti tidur.

    Pakar Psikologi Klinikal di Pusat Perubatan Sunway, Yap Chee Khong berkata, setiap orang mungkin pernah mengalami masalah tidur seperti sukar tidur dan terjaga awal sehingga menjejaskan kualiti tidur.

    MASALAH tidur pada waktu malam akan menggangu aktiviti pada siang hari.- GAMBAR HIASAN/MARCUS AURELIUS/PEXELS

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung – Relevan

    YAP CHEE KHONG

    “Akibatnya, anda mungkin berasa mengantuk dan letih pada siang hari, mengalami sakit kepala, sukar memberi perhatian, lemah ingatan dan tidak boleh mengawal emosi.

    “Gangguan tidur atau insomnia yang berlarutan berkemungkinan besar memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental, keselamatan, perhubungan serta prestasi,” katanya.

    Faktor kognitif dan tingkah laku insomnia

    Tambah beliau, rangsangan yang lebih tinggi pada waktu malam meningkatkan kemungkinan terjaga walaupun keletihan fizikal.

    Perangsang seperti kafein dan nikotin, senaman berat, keseronokan, kebimbangan dan berfikiir berlebihan boleh mendorong tahap kewaspadaan minda serta badan.

    Lebih-lebih lagi, terlalu memikirkan masalah sukar tidur dan kebimbangan melampau boleh memanjangkan rangsangan itu.

    Yap menasihatkan mereka yang mengalami masalah insomnia untuk mengambil langkah-langkah berikut bagi mengatasinya.

    • Elakkan pengambilan kafein pada waktu petang, begitu juga pengambilan tembakau dan alkohol.
    • Pastikan anda tidak bersenam berat dan makan berlebihan tiga jam sebelum tidur.
    • Susun dan senaraikan kebimbangan anda beserta penyelesaiannya satu jam sebelum waktu tidur.
    • Lakukan aktiviti santai sebelum tidur dan hanya tidur apabila terdapat tanda mengantuk yang jelas.
    • Elakkan aktiviti yang menimbulkan tekanan atau emosi seperti bekerja, perbualan yang tidak menyenangkan dan menonton filem seram.
    • Bangun dan lakukan aktiviti santai jika anda tidak boleh tidur dalam masa 30 minit. 
    • Elakkan menyemak masa dan kembali ke katil hanya apabila anda berasa mengantuk.
    • Bangun tepat pada masanya secara rutin dan elak tidur banyak pada waktu siang.
    ELAKKAN minuman berkafein untuk memudahkan anda tidur pada waktu malam.- FOTO OLEH CHEVANON PHOTOGRAPHY/PEXELS

    ARTIKEL BERKAITAN: Ini kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari – Relevan

    Dapatkan bantuan profesional

    “Pembaikan tidur sememangnya memerlukan disiplin diri. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk melihat kesannya.

    “Gangguan tidur yang berlarutan boleh disumbangkan oleh faktor biologi, psikologi dan sosial.

    “Pakar psikologi klinikal boleh menjalankan penilaian dan menyediakan campur tangan bukan farmakologi untuk menangani faktor psikologi yang berkaitan dengan isu tidur seseorang,” ujar Yap.

    Jelas beliau, seorang ahli psikologi klinikal juga boleh menggunakan Terapi Tingkah Laku Kognitif untuk Insomnia (CBT-I).

    Ia merupakan pendekatan berasaskan bukti untuk membantu pesakit dalam menguruskan masalah tidur kronik.

    Jika gangguan tidur itu berkaitan dengan masalah psikiatri yang teruk atau keadaan fizikal (contohnya, sakit kronik, menopaus) maka, pesakit akan dirujuk kepada pakar berkaitan.- RELEVAN

    Previous Article1,291 kes baharu Covid-19, 3 kematian
    Next Article Selam dunia fotografi bersama Abeden dan Khairul Amin

    Artikel berkaitan

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.