ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,788 kes semalam berbanding 1,794 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,851,890 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,509 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,791,625 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,394 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,739 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,877 kes dengan 22,859 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 980 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 14 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 24 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN