JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,360 kes berbanding 1,626 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,843,859 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,271 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,783,393 kes.
Sebanyak satu kes kematian dilaporkan semalam dan satu kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,375 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,734 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,097 kes dengan 23,075 kes atau 95.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 977 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 28 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN