KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,924 semalam berbanding 2,070 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,830,208 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,360 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,768,588 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,348 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,731 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,278 kes dengan 24,136 kes atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan dua kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,089 kes atau 4.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 28 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN