KES jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,111 semalam berbanding 1,667 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,823,975 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,493 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,762,318 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,330 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,722 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,3277 kes dengan 24,169 kes atau 95.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,101 kes atau 4.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 37 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN