Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenal bentuk badan, reka sendiri pakaian anda

    Kenal bentuk badan, reka sendiri pakaian anda

    By Datuk Asfarena Samion MonSeptember 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMILIHAN baju perlu disesuaikan dengan bentuk badan agar tampil lebih menarik dan menawan.- Gambar hiasan/Amir Khalid/Kosmo!

    MENCARI baju yang sesuai dengan bentuk badan sering menjadi halangan ketika membeli pakaian baharu.

    Kadang baju cantik, tetapi ada bahagian yang tidak boleh disesuaikan dengan bentuk badan sendiri sehingga terpaksa kita menghantar baju tersebut kepada tukang jahit untuk dibuat pindaan.

    ASFARENA

    Oleh itu, ada yang membuat tempahan bagi menyelesaikan masalah tersebut, tetapi harus diingat harganya lebih mahal dan tukang jahit juga mempunyai kekangan masa sehingga kita terpaksa menunggu lama.

    Apa kata kenali dahulu bentuk badan sendiri agar dapat memilih baju yang sesuai. Di sini saya kongsikan jenis-jenis bentuk badan orang kita terutama masyarakat Asia.

     

    1. Bentuk badan standard

    Bentuk badan yang standard mempunyai ukuran keliling dada lima sentimeter kurang dari ukuran keliling punggung.  

    Pemilihan pakaian bergantung kepada tinggi serta saiz sama ada badan anda lebar atau kecil.

    Jika anda kurus dan mempunyai nisbah yang betul, anda boleh memakai apapun pakaian yang digemari manakala badan lebar pula boleh memilih pakaian yang sama sendat, terletak elok di bahu.

    Sekiranya anda gemuk dan pendek gunakan gaya yang boleh menampakan ketinggian. Labuh sesuatu pakaian bukan perkara utama, tetapi perlu diberi perhatian kepada garis memanjang yang terdapat dalam corak pakaian itu.

    JIKA anda kurus dan mempunyai nisbah yang betul, anda boleh memakai apapun pakaian yang digemari. – Gambar hiasan/Amir Khalid/Kosmo!

    2. Dada besar

    Jika ukuran keliling dada anda lebih daripada ukuran keliling pinggul, masalah anda ialah kepada kepadanan.

    Oleh itu, gaya paling sesuai adalah dengan mengurangkan kelebaran di bahagian dada. Elakkan gelembung seperti kedut dan lisu malah, pakaian hendaklah rata di bahagian dada serta keruk leher yang labuh amatlah sesuai.

    3. Pinggul lebar

    Jenis bentuk badan yang ditakrifkan sebagai kewanitaan ialah bentuk buah pir. Bentuk badan jenis ini mempunyai garis dada yang cantik, pinggang ramping dan pinggul yang lebih besar daripada yang sepatutnya.

    Anda juga sesuai dengan skirt potongan A dan gaun yang sama sendat di badan serta skirt yang berkedut. Ia akan menonjolkan bentuk badan anda lebih kecil

    Masalah bentuk badan dan pakaian

     


    1. Belakang bulat, bahu jatuh, leher ke hadapan dan pinggang tinggi

    Jika ini masalah anda, ubah suaikan gaya yang anda pilih. Sebagai contoh, pilihlah stail berbentuk segitiga untuk dipadankan dengan bentuk badan anda yang kecil di atas dan lebar di bawah.

    Gunakan blaus pendek yang dipakai di sebelah luar skirt serta memastikan bahawa blaus yang dipakai itu adalah bersesuaian nisbahnya dengan ukuran labuh skirt.

    Elakkan kolar tinggi dan lebar, sebaiknya gunakan kolar kecil, leper, kolar mandarin  serta keruk leher di pangkal leher.

    2. Dada lebih besar daripada pinggul, perut kempis dan bahu tegak

    Pakaian yang tidak bergelembung paling sesuai untuk anda. Jika badan anda lebar atau pendek, elakkan sambungan di pinggang dan tali pinggang.

    Gaun potongan tegak dan sendat sesuai dipakai oleh anda. Kurangkan kelebaran di bahagian dada.

    Pilih leher jenis luas dan kedalamkan sedikit lubang lengan di bahagian hujung bahu untuk mengurangkan kelebaran.

    Elakkan lengan baju pendek atau lebar yang boleh menambahkan kelebaran.

    Pada artikel akan datang saya akan berkongsi mengenai teknik melakar pola asas seperti baju kaftan yang menjadi trend masa kini. 

    Walaupun baju kaftan, namun kefahaman tentang bentuk badan amatlah perlu sebelum membuat atau membeli meter kain untuk dijadikan baju.- RELEVAN

    *Penulis merupakan Pengarah Kreatif di Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS)

    Previous ArticleDeskripsi kerja ialah soalan bocor temu duga? Ini penjelasan jurulatih kerjaya bertauliah
    Next Article Marah pemimpin rasuah tidak sekuat marah pemimpin makan babi – Syed Hussein Alatas

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.