Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Deskripsi kerja ialah soalan bocor temu duga? Ini penjelasan jurulatih kerjaya bertauliah

    Deskripsi kerja ialah soalan bocor temu duga? Ini penjelasan jurulatih kerjaya bertauliah

    By Umi FatehahSeptember 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JADI, salah satu cara untuk melayakkan diri untuk diterima bekerja ialah dengan meneliti deskripsi kerja yang diiklankan. Gambar Edmond Dantès/Pexels

    SETIAP proses pencarian kerja bermula dengan menghantar resume kepada syarikat dan menunggu panggilan temu duga. 

    Setelah mendapat panggilan temu duga, pasti calon-calon akan melakukan beberapa persediaan termasuk persiapan diri untuk menjawab soalan yang bakal diajukan.

    Pertanyaan terbesar bagi individu yang bakal menghadiri temu duga ialah apakah soalan yang akan ditanya? Dan bagaimana untuk menjawab soalan yang bakal ditanyakan?

    Menurut Jurulatih Kerjaya Bertauliah, Jimmy Mak Chii Ping atau lebih dikenali sebagai Jimmy C.P Mak, deskripsi kerja itu sebenarnya soalan bocor temu duga.

    Jadi, salah satu cara untuk melayakkan diri untuk diterima bekerja ialah dengan meneliti deskripsi kerja yang diiklankan.

    Merujuk kepada perkongsian Jimmy dalam hantarannya di LinkedIn, berikut merupakan penyediaan yang anda perlu lakukan sebelum menghadiri temu duga.

    1. Teliti deskripsi kerja

    Kebiasaannya, setiap iklan pekerjaan pasti akan disenaraikan bersama deskripsi kerja bagi jawatan yang tertentu. Teliti satu demi satu skop kerja yang dinyatakan dan tumpukan kepada tanggungjawab utama bagi jawatan tersebut.

    1. Kaitkan pengalaman terdahulu dengan deskripsi kerja
    KAITKAN pengalaman terdahulu dengan deskripsi kerja. – Gambar Hiasan Firos nv/Unsplash

    Setelah meneliti deskripsi kerja yang diiklankan, kaitkan dengan setiap pengetahuan semasa belajar atau pengalaman kerja terdahulu yang berkaitan. 

    Kenal pasti pengalaman dan sesuaikan dengan deskripsi kerja. Kebanyakan majikan akan mengutamakan calon yang sudah mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan pekerjaan yang ditawarkan. 

    1. ‘Jual’ pengalaman anda
    SEBUTKAN pengalaman anda dalam mengendali projek-projek besar atau ketika bertugas. – Gambar Hiasan Brands&People/Unsplash

    Dalam sesi temu duga, sebutkan pengalaman anda dalam mengendali projek-projek besar atau ketika bertugas. Nyatakan tanggungjawab, peranan dan sumbangan anda ketika diberi tugasan. 

    Dengan cara ini, calon akan tampil lebih menyerlah dan dapat membina kepercayaan daripada majikan untuk diterima bekerja. 

    1. Nyatakan kemahiran yang anda ada
    PASTIKAN kemahiran yang anda nyatakan itu berkaitan dan bersesuaian dengan deskripsi kerja yang diiklankan. Gambar Hiasan Aaron Huber/Unsplash

    Sesi temu duga merupakan situasi yang tepat untuk calon berbangga dan bermegah diri dengan kemahiran serta pengalaman kerja terdahulu. 

    Jimmy yang mempunyai pengalaman industri selama 13 tahun berkata punca rata-rata calon tidak dapat tawaran bekerja ialah kerana peranan dan tanggungjawab yang diceritakan tidak relevan dengan jawatan yang dipohon.

    Pastikan kemahiran yang anda nyatakan itu berkaitan dan bersesuaian dengan deskripsi kerja yang diiklankan.

    1. Serlahkan pencapaian dalam pekerjaan terdahulu

    Sebutkan pencapaian dan sumbangan yang telah dicapai dengan menggunakan kemahiran yang dinyatakan. Ini akan membuatkan calon tampil lebih menonjol dengan kemahiran dan pencapaian yang anda ada.

    Semakin banyak pencapaian, semakin tinggi peluang untuk menarik perhatian majikan.

    1. Aplikasikan SOAR

    Jika jawatan yang diiklankan itu berkaitan dengan kepimpinan (leadership role), kongsikan pengalaman anda secara sistematik dengan formula SOAR.

    SOAR yang dimaksudkan ialah Situation (Situasi), Obstacles (Cabaran), Action (Tindakan) dan Result (Hasil).

    Terangkan situasi yang calon pernah hadapi dan nyatakan apakah cabaran-cabaran ketika anda berada dalam situasi tersebut. 

    Kemudian, ceritakan apa tindakan yang anda ambil untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi. Apa hasil setelah anda melakukan tindakan ketika menghadapi cabaran? Adakah berjaya diselesaikan atau sebaliknya?

    1. Rancangan sandaran
    CALON perlu sentiasa mempunyai rancangan sandaran. – Gambar Hiasan Green Chameleon/Unsplash

    Bagi jawatan yang lebih kanan, calon perlu sentiasa mempunyai rancangan sandaran. Sekiranya langkah-langkah yang disebutkan di atas masih tidak dapat meyakinkan majikan, apakah langkah seterusnya yang calon akan ambil untuk tunjukkan kelebihan diri?

    Calon perlu sentiasa dalam keadaan bersedia dan mempunyai jawapan kepada soalan-soalan lazim yang ditanyakan oleh majikan. 

    Sepatutnya, pertanyaan seperti ceritakan tentang diri anda, apakah kemahiran yang anda miliki dan mengapa anda ingin bekerja dengan syarikat tersebut tidak menjadi soalan yang susah. 

    Sekiranya soalan lazim begini sudah kelu lidah untuk menjawab, bagaimana pula dengan persoalan-soalan lain yang bakal ditanya oleh majikan? – RELEVAN

     

    featured kerja kerjaya
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.