KES jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,990 kes semalam berbanding 2,226 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,803,643 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,016 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,738,009 kes.
Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,274 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,709 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,370 kes dengan 26,007 kes atau 95.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sembilan kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,287 kes atau 4.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 46 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN