Facebook Twitter
    Trending
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    • Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025

      Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

      April 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah keluarga diraja Britain serta pewaris takhta selepas Elizabeth II dan Charles III

    Sejarah keluarga diraja Britain serta pewaris takhta selepas Elizabeth II dan Charles III

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 9, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PUTERA William (kiri) dan Putera Harry merupakan dua daripada 24 pewaris takhta Britain yang berketurunan langsung dengan Elizabeth II. - GAMBAR AFP

    RATU Elizabeth II mangkat awal pagi hari ini selepas berada dalam pemantauan doktor sejak semalam. Baginda merupakan pemegang takhta paling lama dalam sejarah monarki Britain, iaitu selama lebih 70 tahun.

    Keluarga diraja Britain mempunyai sejarah yang sangat panjang. Ia boleh dijejak dari kerajaan Anglo-Saxon England dan zaman pertengahan Scotland pada abad ke-10. 

    Sejarah monarki pada zaman ini agak rumit kerana melibatkan banyak keluarga diraja, seperti House of Wessex, House of Normandy, House of Denmark dan sebagainya.

    Untuk mengikuti sejarah keluarga diraja Britain terkini, lebih mudah untuk memahami jalur takhta yang bermula dari Raja George V, yang mana semua turutan pewaris takhta utama terkini Britain bermula daripada baginda.

    Sebelum George V

    George V merupakan datuk kepada Elizabeth II. Baginda memegang takhta bermula 6 Mei 1910 sehingga kemangkatannya pada 20 Januari 1936. Baginda lahir dalam pemerintahan neneknya, Ratu Victoria.

     

    RAJA GEORGE V

    Selepas kemangkatannya, takhta Raja Britain jatuh kepada anak lelaki sulungnya, iaitu Raja Edward VIII. Edward VIII bagaimanapun turun dari takhta selepas membuat keputusan untuk mengahwini Wallis Simpson, seorang janda dari Amerika Syarikat yang kedua-dua bekas suaminya masih hidup. 

    Perkahwinan tersebut mendapat tentangan daripada pentadbiran eksekutif United Kingdom dan Gereja England. Baginda yang sememangnya tidak selesa dengan peraturan diraja ketika itu memutuskan untuk turun takhta.

    Tempat Edward VIII diambil alih adik lelakinya, George VI. George VI berkahwin dengan Ratu Elizabeth dan melahirkan dua anak perempuan, iaitu Elizabeth II dan Margaret.

    Sebelum George V, hanya ada seorang figura penting yang perlu diberi perhatian supaya kita mudah faham apa yang berlaku dalam pewarisan takhta Britain ini. Beliau ialah Sophia of Hanover.

    Sophia of Hanover merupakan pewaris takhta England, Scotland dan Ireland (yang kemudiannya menjadi Great Britain). Melalui Akta Penyelesaian 1701 yang diluluskan Parlimen England, hanya waris Sophia yang beragama Protestan dan berkahwin dengan pasangan beragama Protestan yang boleh mewarisi takhta kerajaan Britain.

    Undang-undang ini bagaimanapun dipinda melalui Akta Pewaris Takhta 2013 yang membenarkan pewaris takhta berkahwin dengan pasangan beragama Katolik. Akta tersebut turut menghapuskan keutamaan warisan takhta terhadap pewaris lelaki, menjadikan pewaris takhta yang seterusnya ialah anak sulung Raja atau Ratu, tanpa mengira jantina.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II

    Selepas Elizabeth II

    Putera sulung Elizabeth II, Raja Charles III telah diumumkan sebagai pengganti mendiang. Charles III merupakan raja tertua yang mengambil alih takhta Britain pada umur 73 tahun.

    RAJA CHARLES III

    Charles III mempunyai dua putera hasil perkahwinannya dengan mendiang Puteri Diana, iaitu Putera William dan Putera Henry (menggunakan nama samaran Harry). 

    Warisan takhta Britain menggunakan sistem hak primogenitur, iaitu sistem yang mengutamakan hak warisan kepada anak sulung. Melalui Akta Pewaris Takhta 2013, sistem primogenitur Britain bertukar dari primogenitur keutamaan lelaki kepada primogenitur mutlak.

    Disebabkan sistem primogenitur, Putera William merupakan waris seterusnya takhta Raja Britain selepas Charles III.

    Menurut UsefulCharts, keutamaan warisan takhta akan melalui anak-anak William terlebih dahulu sebelum bergerak kepada Putera Harry dan keturunannya.

    Ini bermakna, selepas Charles III mangkat, William akan mewarisi takhta. Selepas William mangkat, walaupun sebelum ayahandanya mangkat, putera sulungnya, Putera George pula akan mewarisi. Turutan pewarisan takhta Britain adalah seperti berikut:

    • Charles III
    • William
    • George
    • Charlotte (anak kedua William)
    • Louis (anak ketiga William)

    Jika seluruh keturunan William mangkat atau tidak layak dilantik sebagai raja, baru keturunan Harry mengambil alih mengikut turutan berikut:

    • Harry
    • Archie (anak sulung Harry)
    • Lilibet (anak kedua Harry)

    Keturunan selain Charles III

    Akta Pewaris Takhta 2013 tidak bersifat retroaktif. Ini bermakna, ia hanya terpakai untuk penentuan keutamaan warisan selepas ia diwartakan. Ini menyebabkan anak kedua Elizabeth II dan Putera Philip, Puteri Anne berada pada penghujung keutamaan warisan berbanding adik-beradik lelakinya yang lain.

    MENDIANG Ratu Elizabeth II (duduk, tengah) dan mendiang Putera Philip (duduk,kanan) bersama anak-anak mereka, Raja Charles III (duduk, kiri); Putera Andrew (berdiri, kanan); Puteri Anne (berdiri, tengah) dan Putera Edward. – GAMBAR AFP

    Ini menjadikan anak ketiga Elizabeth II dan Philip, Putera Andrew menduduki keutamaan seterusnya selepas keluarga Charles. Turutannya begini:

    • Andrew
    • Beatrice (anak sulung Andrew)
    • Sienna (anak sulung Beatrice)
    • Eugenie (anak kedua Andrew)
    • August (anak sulung Eugenie)

    Keutamaan seterusnya diwarisi oleh anak keempat Elizabeth II dan Putera Philip, iaitu Putera Edward. Edward bersama isterinya, Sophie mempunyai dua anak yang belum berkahwin, iaitu James dan Louise. Oleh itu, turutannya begini:

    • Edward
    • James
    • Louise

    Keutamaan terakhir untuk keturunan langsung Elizabeth II ialah keluarga Puteri Anne. Puteri Anne mempunyai dua anak dan lima cucu hasil perkahwinan pertamanya dengan Mark Phillips. Ini menjadikan turutan seterusnya begini:

    • Anne
    • Peter (anak sulung Anne)
    • Savannah (anak sulung Peter)
    • Isla (anak kedua Peter)
    • Zara (anak kedua Anne)
    • Mia (anak sulung Zara)
    • Lena (anak kedua Zara)
    • Lucas (anak ketiga Zara)

    Berikut merupakan 24 pewaris takhta Raja Britain dari keturunan langsung Elizabeth II. Jika diluaskan lagi kepada keturunan adik-beradik dan sepupu Elizabeth II, jumlah pewarisnya boleh mencecah hampir seratus orang.

    Namun, mengikut keutamaan, yang perlu diberi perhatian oleh peminat monarki Britain ketika ini ialah keluarga William dan Kate Middleton yang menjadi pewaris utama takhta selepas Charles III. – RELEVAN

    featured luar negara pendidikan Ratu Elizabeth II sejarah
    Artikel Terkini

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025

    Memahami hak sebagai pekerja

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.