Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Risiko hamil di lewat usia, ini yang anda perlu tahu

    Risiko hamil di lewat usia, ini yang anda perlu tahu

    By September 5, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WANITA berusia 40-an lebih sukar untuk hamil kerana jumlah telur wanita terus menurun seiring dengan peningkatan usia. - Pexels/Gabriela

    UMUR sekadar nombor, kata orang. Namun, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Umur memang nombor tetapi ia nombor yang signifikan dalam kehidupan. Kita mengukur perjalanan kehidupan melalui umur dan ada umur tertentu yang ramai jadikan sebagai batu tanda.

    Contohnya, umur 18 ialah petanda kedewasaan dan kebebasan. Anda memulakan pengajian tinggi, mungkin ada yang mula bekerja. Anda dikelilingi isu remaja seperti percintaan dan persahabatan.

    Memasuki 27 tahun, isu-isu lebih berat mula mengambil alih. Dari percintaan, anda berfikir lebih banyak tentang perkahwinan pula. Berbanding rakan, anda lebih banyak fikir tentang wang.

    Umur 40 signifikan dalam cara yang berbeza buat lelaki dan wanita. Usia ini menandakan kestabilan kewangan dan puncak kematangan buat lelaki. Ada sesetengah lelaki fikir mereka lebih menawan selepas melepasi usia ini. 

    Buat wanita pula ia lebih mencabar. Mereka mula merasai perubahan hormon pada tubuh dan proses penuaan pada tahap umur ini boleh memurungkan. 

    Namun, ini hanya pemerhatian secara umum dan tidak terpakai untuk semua orang. Ada sahaja wanita yang bahagia menjalani kehidupan selepas memasuki umur 40 tahun.

    Kesuburan

    Perkahwinan lewat semakin lazim kini dan tidak ada apa-apa yang salah berkenaannya. Kehidupan manusia berubah dan tiada sesiapa patut dihakimi kerana jodoh yang sampai lewat . Namun, secara perubatan, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, terutamanya oleh wanita yang memilih untuk hamil pada usia 35 hingga 40 tahun.

    “Secara umumnya, semakin meningkat usia, semakin kurang kesuburan wanita kerana kuantiti dan kualiti telur (benih wanita) menurun. Teknologi perubatan terkini membolehkan wanita lewat usia mempunyai peluang untuk hamil.

    “Ini menerusi rawatan kesuburan seperti bayi tabung uji atau in-vitro fertilisation (IVF), mahupun ubat-ubatan untuk membolehkan wanita mengalami ovulasi agar telur wanita bersedia disenyawakan pada waktu yang bersesuaian dengan sperma suami.

    “Pemantauan berterusan doktor amat penting untuk mengelak sebarang komplikasi berlaku sepanjang kehamilan  dan sewaktu kelahiran,” kata Pengasas dan Perunding Kesuburan di Metro IVF, Dr. Tee Swi Peng.

    Kata beliau, pasangan pada usia lewat yang memilih untuk memiliki zuriat digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti risiko penyakit yang mungkin diwarisi anak-anak kelak.

    Jelas beliau, paling penting ialah saringan awal yang membolehkan pasangan membuat persediaan rapi termasuk mendapatkan sokongan emosi daripada keluarga sekiranya berlaku kelahiran luar jangka.

    “Risiko untuk mendapat zuriat yang mempunyai penyakit keturunan atau genetik selepas usia 40-an adalah lebih tinggi berbanding wanita lebih muda,” katanya.

    Jaga kesihatan

    Menurut Swi Peng, wanita berusia 40-an lebih sukar untuk hamil kerana jumlah telur wanita terus menurun seiring dengan peningkatan usia.

    Jelas beliau, semasa wanita mencapai akil baligh ketika permulaan kitaran haid, bilangan telur adalah sekitar 300,000 hingga 500,000. Pada usia 35 tahun, ia menurun kepada kira-kira 65,000 hingga 70,000 telur. Jika tidak disenyawakan, telur-telur itu akan gugur menerusi kitaran haid.

    ‘Oleh sebab itu, semakin usia wanita meningkat, bekalan telur juga menurun. Semasa proses pembahagian sel, iaitu proses pembahagian sel induk kepada dua atau lebih sel yang baharu, kemungkinan akan berlaku kromosom (simpanan maklumat genetik) abnormal.

    “Sel manusia yang normal mengandungi 46 kromosom dan biasanya berbentuk dalam pasangan. Jika tidak normal, ia boleh menimbulkan risiko seperti pelbagai penyakit genetik kepada kandungan wanita tersebut,” jelasnya.

    Kata Swi Peng, setiap wanita perlu membuat keputusan sekiranya ingin hamil dan perlu tabah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku, termasuk risiko seperti Sindrom Down.

    “Jika wanita mempersiap diri dengan mengambil makanan yang seimbang seperti yang disarankan dan melakukan senaman, ia mampu mengurangkan risiko penyakit.

    “Perlu diingatkan untuk tidak merokok kerana kandungan nikotin diketahui umum memberikan kesan yang tidak baik kepada janin,” katanya.

    Ikhtiar untuk hamil

    Pasangan yang telah mencuba untuk hamil secara semula jadi selama enam bulan tetapi tidak berhasil boleh bertemu pakar kesuburan. Pakar kesuburan akan menjalankan beberapa ujian untuk melihat jika ada faktor yang menyukarkan seseorang wanita untuk hamil.

    Antara ujian tersebut termasuk ujian imbasan ultra untuk melihat rahim dan ovari serta ujian saringan seperti ujian paras hormon AMH, FSH, LH, progesteron dan estrogen.

    Bakal ibu yang berjaya hamil selepas menjalani rawatan kesuburan seperti IVF pula perlu menjalani ujian saringan lain, seperti:

    • Imbasan Nuchal Translucency
    • Ujian darah HCG
    • Protein plasma A (PAPP-A)
    • Ujian Pranatal Bukan Invasif (NIPT)
    • Mengikuti jadual berkala klinik antenatal yang ditetapkan untuk pemantauan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan. – RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari artikel “Risiko hamil di usia 40-an” yang diterbitkan di Mingguan Malaysia pada 19 Disember 2021.

    Previous ArticleMuat turun 5 aplikasi berikut untuk memanfaatkan penggunaan PerantiSiswa
    Next Article 1,486 kes baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.