Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rawat kulit wajah dengan kolagen semula jadi Skin Artistry

    Rawat kulit wajah dengan kolagen semula jadi Skin Artistry

    By August 29, 2022Updated:August 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MEMILIKI kulit yang cantik menjadi idaman setiap orang tidak kira jantina mahupun umur sehingga menjadi rutin wajib untuk menjaga dan melindungi kulit.  Malah, ramai juga yang mendapatkan perkhidmatan daripada pakar kecantikan.

    Peningkatan usia, masalah hormon, gaya hidup tidak sihat dan terdedah kepada cahaya matahari berlebihan tanpa krim pelindung sinaran matahari merupakan antara punca-punca terjadinya masalah pada kulit wajah.

    Sehubungan itu, ramai yang mencuba rawatan kecantikan daripada pakar estetik bagi mengatasi masalah tersebut dengan lebih berkesan, cepat dan selamat kerana memakai produk kecantikan sahaja tidak memadai.

    Bagi mengatasi masalah itu, Ageless Medispa Dr. Alice Clinic menawarkan rawatan kecantikan kulit wajah dengan menggunakan bahan semula jadi yang diberi nama Skin Artistry.

    KAEDAH rawatan Skin Artistry menggalakkan kulit menghasilkan kolagen secara semula jadi tanpa menggunakan jarum suntikan atau suntikan kolagen tiruan serta tidak menggunakan kaedah yang drastik pada wajah.- Foto oleh Wan Redza Wan Sharmadi

    Menurut pengasasnya, Datuk Dr. Alice Prethima Michael, Skin Artistry merupakan proses rawatan wajah secara semula jadi untuk menggalakkan kulit menghasilkan kolagen secara semula jadi tanpa penggunaan jarum suntikan atau suntikan kolagen tiruan serta tidak menggunakan kaedah yang drastik pada wajah.

    “Rawatan ini menggunakan sel stem berasaskan tumbuh-tumbuhan yang meniru sama seperti exosome dan turut digabungkan beberapa vitamin untuk dimasukkan terus ke dalam lapisan kulit.

    “Exosome sangat baik untuk menghasilkan kolagen iaitu 90 peratus lebih tinggi berbanding produk lain,” katanya ketika ditemui Relevan baru-baru ini.

    Tambahnya, pengguna Islam tidak perlu ragu kerana Skin Artistry menggunakan bahan-bahan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan dan juga mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    DATUK Dr. Alice berpengalaman 25 tahun dalam bidang estetik.- Foto oleh Wan Redza Wan Sharmadi

    Antara tujuan utama rawatan Skin Artistry ialah untuk menjadikan tekstur kulit lagi baik, cerah, mengatasi masalah kedutan, menjadikan kulit lebih anjal, anti penuaan, kulit lebih sekata dan menggalakkan penghasilan kolagen secara semula jadi dari dalam kulit.

    Jelas beliau, pihaknya memberikan fokus kepada tekstur kulit kerana 60 peratus (%) kecantikan seseorang itu ditentukan oleh tekstur kulit yang lebih sihat, gebu dan mulus.

    “Kebanyakan orang sering hadapi pelbagai masalah di wajah seperti jerawat, jeragat, pori terbuka dan iritasi kemerahan.

    “Hormon wanita akan berubah ketika di usia 35 tahun dan juga selepas bersalin, keadaan tersebut akan mempengaruhi kesihatan kulit, pigmentasi dan kedutan di wajah mula kelihatan,” ulasnya yang berpengalaman 25 tahun dalam bidang estetik.

    KESELURUHAN rawatan Skin Artistry mengambil masa sekitar 45 minit dan  pelanggan akan dapat melihat hasilnya selepas seminggu..- Foto oleh Wan Redza Wan Sharmadi

    Skin Artistry merupakan hasil kajian yang dibangunkan oleh Alice bagi membantu merawat masalah kulit wajah secara semula jadi terutama untuk orang Asia dan juga hasilnya lebih kekal lama.

    Rawatan ini mengambil masa sekitar 45 minit dan pelanggan akan dapat melihat hasilnya selepas seminggu.

    Sel stem dan vitamin-vitamin akan dimasukkan terus ke dalam kulit untuk menggalakkan kulit mengeluarkan kolagen secara semula jadi bagi membantu mengatasi masalah di wajah.

    “Langkah pertama, krim kebas akan disapukan pada wajah selama 20 minit bagi membantu memberi keselesaan kepada pelanggan sepanjang proses rawatan.

    “Kedua, kami akan memulakan urutan lembut dengan menggunakan jarum mikro yang sangat halus untuk membuka pori pada wajah bagi masukkan sel stem dan vitamin ke dalam kulit.

    “Ketiga, wajah pelanggan akan diurut wajah dengan Meso Energy untuk memastikan bahan-bahan tadi meresap jauh ke dalam wajah,” jelas wanita kelahiran Singapura itu.

    AKHIR sekali, pelanggan akan dipakaikan topeng wajah, krim pelembap dan krim pelindung matahari.- Foto oleh Wan Redza Wan Sharmadi

    Seterusnya, rawatan photo dynamic untuk mengaktifkan sel stem dan pada masa sama mengurangkan kesan kemerahan, mencerahkan kulit serta merangsang pengeluaran hormon.

    Akhir sekali, pelanggan akan dipakaikan topeng wajah, krim pelembap dan krim pelindung matahari. Bagi memastikan bahan-bahan tersebut meresap jauh ke dalam kulit, pelanggan dinasihatkan untuk tidak mencuci wajah selama empat jam.

    Menariknya, rawatan ini tidak meninggalkan kesan merah yang keterlaluan pada wajah dan pelanggan boleh bersolek serta beraktiviti seperti biasa pada keesokan harinya.

    Untuk kesan yang lebih baik dan kekal lama, pelanggan perlu menjalani dua kali sesi rawatan Skin Artistry.

    Hasil rawatan itu boleh bertahan selama enam bulan hingga setahun bergantung kepada umur. Harga bagi satu rawatan ialah RM2,000 dan jangka masa untuk rawatan seterusnya ialah satu bulan kemudian.

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.