Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Produktiviti buruh Malaysia meningkat 5.5%

    Produktiviti buruh Malaysia meningkat 5.5%

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 18, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENINGKATAN produktiviti buruh dipacu oleh produktiviti dalam sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 7.5 peratus. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PRODUKTIVITI buruh di Malaysia bagi suku tahun kedua 2022 meningkat sebanyak 5.5 peratus dengan nilai RM23,322 setiap pekerja, peningkatan yang lebih tinggi berbanding 2.7 peratus pada suku tahun pertama.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pertumbuhan produktiviti buruh setiap pekerja bagi suku kedua tersebut lebih tinggi berbanding pencapaian keseluruhan 2021 sebanyak 1.8 peratus.

    Kata beliau, produktiviti berdasarkan jam bekerja pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.3 peratus dengan nilai RM41 setiap jam bekerja.

    “Pertumbuhan produktiviti buruh ini selaras dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berkembang sebanyak 8.9 peratus berbanding lima peratus pada suku tahun pertama.

    “Pencapaian ini berikutan langkah pemansuhan semua sekatan yang dikenakan semasa pandemik dan pembukaan semula sempadan negara serta peralihan ke fasa endemik bermula 1 April 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Mustapa, peningkatan produktiviti buruh dipacu oleh produktiviti dalam sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 7.5 peratus, sektor pembuatan sebanyak empat peratus dan sektor pembinaan sebanyak 2.9 peratus.

    Walau bagaimanapun, jelas beliau, produktiviti buruh bagi sektor perlombongan dan pengkuarian serta pertanian mencatatkan pertumbuhan negatif disebabkan oleh penguncupan pertumbuhan bagi kedua-dua sektor ini.

    “Bagi produktiviti buruh setiap jam bekerja pula, sektor perkhidmatan mencatatkan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding 1.2 peratus pada suku tahun pertama. Namun, empat sektor utama iaitu pembinaan, perlombongan dan pengkuarian, pertanian serta pembuatan mencatatkan penurunan,” jelasnya.

    Kata Mustapa, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kadar pertumbuhan produktiviti disasarkan sebanyak 3.6 peratus setahun. Beliau menjangkakan bahawa dasar dan strategi yang dilaksanakan di bawah RMK-12 akan mampu meningkatkan pertumbuhan produktiviti buruh.

    Melalui RMK-12 juga, strategi seperti Nexus Produktiviti bagi merangka dan meneraju pelan tindakan di peringkat perusahaan dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti. Sembilan Nexus Produktiviti yang diterajui jaguh industri telah diwujudkan dan dua lagi nexus akan diwujudkan tahun ini bagi sektor pembinaan serta perkhidmatan logistik.

    “Selain itu, bagi menambah baik pelaksanaan program peningkatan produktiviti, pemantauan di peringkat sektor dan perusahaan juga dilaksanakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    “Penekanan juga diberikan untuk memperkukuh ekosistem yang menyokong perniagaan dan menggalakkan penerimagunaan teknologi baharu serta pendigitalan dalam perusahaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    “Peningkatan penggunaan teknologi akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dan seterusnya mendorong kepada peningkatan produktiviti,” kata Mustapa. – RELEVAN

    Previous ArticleKos tersembunyi beli rumah baharu, ini yang anda perlu tahu
    Next Article Covid-19 catat lebih 4,000 kes semalam

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.