Facebook Twitter
    Trending
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    • Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Platform cari kerja yang pemburu kerja perlu tahu

    Platform cari kerja yang pemburu kerja perlu tahu

    By Umi FatehahAugust 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERALIHAN dari pekerjaan lama ke pekerjaan baharu dan berjuta-juta graduan memasuki pasaran kerja setiap tahun membuatkan platform mencari kerja semakin berkembang pesat.

    Sama ada anda sedang mencari pekerjaan pertama atau ingin menukar tempat kerja baharu, adalah penting untuk mengetahui cara dan di mana untuk mencari kerja yang diimpikan.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan beberapa laman web yang anda boleh manfaatkan dalam usaha untuk mencari kerja.

    • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan dan berfungsi untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

    Proses pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh SPA adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang diiktiraf kerajaan seperti berikut:

    • Ijazah Sarjana Muda
    • Sarjana
    • Doktor Falsafah
    • Diploma
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia
    • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Sijil Pelajaran Malaysia
    • Sijil Vokasional Malaysia 
    • Penilaian Menengah Rendah
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

    Selain itu, SPA juga menguruskan pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.

    Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah 12 minggu daripada tarikh SPA menerima permohonan lengkap pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian bagi jawatan yang melibatkan tapisan dan 24 minggu bagi jawatan yang melibatkan urusan peperiksaan atau ujian bakat/fizikal. 

    Permohonan jawatan dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) adalah melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my

    • Laman web mudah.my

    Di laman web mudah.my, anda bebas memilih mana mana lokasi untuk mula bekerja.  Selain itu, laman web ini juga menyediakan ruang pilihan untuk anda memilih jenis atau bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan pelajaran dan minat tersendiri.

    Antara pilihan yang ditawarkan ialah bidang pendidikan, perakaunan, kesihatan, kejuruteraan, hartanah dan beberapa bidang lain.  Untuk pencarian yang lebih spesifik, mereka juga menyediakan ruang pilihan pengalaman bekerja.  

    Sesetengah pekerjaan mempunyai syarat minimum pengalaman bekerja.  Anda boleh memilih tempoh pengalaman bekerja untuk mencari pekerjaan yang menawarkan syarat bersesuaian dengan kelayakan anda.

    Bagi pelajar yang sedang mencari syarikat dan pekerjaan untuk menjalankan latihan industri, mudah.my juga menyediakan senarai syarikat dan jawatan yang memerlukan pelajar pelatih.  Untuk melihat senarai pekerjaan bagi latihan industri, tekan pilihan pekerjaan bagi kategori internship.  

    Terdahulu, Relevan telah berkongsi 7 tip menjalani latihan industri yang boleh membantu para pelajar yang bakal menjalani latihan industri.

    Di samping itu, terdapat pelbagai lagi jenis pilihan pekerjaan antaranya ialah kontrak, sepenuh masa, separuh masa dan sambilan.

    Selain laman web mudah.my, JobStreet juga menyediakan perkhidmatan dan paparan pengguna yang seakan mudah.my.

    • LinkedIn

    LinkedIn ialah rangkaian profesional yang terbesar yang dicipta untuk mencari pekerjaan dan latihan industri.  Fungsi utama LinkedIn ialah untuk menyambung dan mengukuhkan hubungan profesional dan belajar kemahiran yang anda perlukan untuk berjaya dalam kerjaya.

    Manfaatkan penggunaan LinkedIn dengan membina profil yang boleh menarik perhatian bakal majikan anda.  Namun, anda perlu kekalkan profesionalisma ketika berinteraksi di LinkedIn.  

    Senaraikan semua kelayakan dan kemahiran yang dimiliki untuk meningkatkan nilai anda sebagai pekerja yang baik di mata bakal-bakal majikan.  Selain itu, anda juga mempunyai peluang besar untuk bekerja di luar negara sekiranya menunjukkan kualiti bagus yang dicari oleh majikan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025
    Artikel Terkini

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.