Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MAHA 2022 menjanjikan kelainan dan pengalaman baharu

    MAHA 2022 menjanjikan kelainan dan pengalaman baharu

    By August 4, 2022Updated:August 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MAHA 2022 yang berlangsung selama 11 hari, menjanjikan kelainan dan pengalaman baharu kepada para pengunjung. - Foto oleh Fariz Rusadio

    BERTEMAKAN Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2022) kini berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini sehingga 14 Ogos 2022.

    MAHA 2022 yang berlangsung selama 11 hari itu akan menghidangkan pelbagai program dan pameran menarik berkaitan pertanian, hortikultur serta agro pelancongan.

    Kali terakhir penganjuran MAHA adalah pada 22 November hingga 2 Disember 2018 dan telah berjaya menarik seramai 3.3 juta orang pengunjung serta mencatatkan hasil jualan sebanyak RM215 juta.

    TERDAPAT 22 segmen menarik melibatkan aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.- Foto oleh Fariz Rusadio

    MAHA yang diperkenalkan sejak tahun 1923 itu secara umumnya merupakan program yang menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi-inovasi tempatan dan luar negara, strategi-strategi pemasaran dan pengeluaran yang efektif serta lain-lain pendekatan yang mampu membantu sektor tersebut.

    Mengambilkira situasi semasa Covid-19 dan negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik, penganjuran MAHA 2022 akan disesuaikan mengikut keadaan semasa. Sehubungan dengan itu, MAHA 2022 akan dianjurkan secara hibrid, iaitu kombinasi fizikal dan maya (virtual). 

    Kementerian Pertanian dan Industri Makanan komited dalam memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) yang dibangunkan dipatuhi sepanjang MAHA 2022 berlangsung.

    Oleh itu, MAHA 2022 akan menampilkan sedikit kelainan selaras dengan pembudayaan norma baharu.

    Tarikan baharu yang bakal diketengahkan bukan sahaja akan memberi pengalaman baharu malah, turut memaparkan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian dan makanan.

    Ia termasuklah mekanisme aktiviti pemadanan perniagaan, penganjuran konvensyen dan seminar (secara webinar) serta akses kepada pameran booth secara maya.

    MAHA 2022 menampilkan 22 segmen menarik melibatkan aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.

     Segmen-segmen yang terlibat di dalam dewan adalah seperti berikut:

    •   Agro-Tech
    •   Agro-Lifestyle
    •   Agro-Tourism
    •   Agro-Youth
    •   Agro-Edutainment
    •   Agro-Trade
    •   Agro-Job Fair
    •   Agrobased & Agroculinary
    •   Malaysian Seafood Expo (MySE)
    •   Pameran HPPNK
    •   AgroBusiness
    •   Food Empire
    PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang untuk mendekati haiwan ternakan yang dipamerkan di MAHA 2022. Foto oleh Fariz Rusadio

    Manakala segmen pameran/jualan di luar dewan melibatkan laman-laman seperti berikut:

    •   Agro-Food Padi (Laman Padi)
    •   Agro-Food Florikultur (Miracle Garden)
    •   Agro-Food Nanas (Laman Nanas)
    •   Agro-Food Sayuran & Herba (Laman Sayur, Laman Herba dan Laman Kelulut)
    •   Agro-Food Ternakan (Laman Ternakan)
    •   Agro-Food Perikanan (Laman Perikanan)
    •   Agro-Food Mekanisasi (Laman Jentera)
    •   Castle of Fruit (Laman Tiba 1&2)
    •   Food Truck Fiesta (Laman Tiba)

    Selain itu, di MAHA 2022 juga menampilkan 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk sangat unik.

    Pavilion-pavilion negeri itu mengetengahkan ciri-ciri negeri-negeri di Malaysia termasuk keunikan kesenian budaya, pusat tarikan pelancongan, produk dan makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung.-RELEVAN

    Previous ArticleLebih 5,000 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam
    Next Article 8 kes kematian dilaporkan semalam, 4 BID

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.