SEBANYAK 4,2671 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 4,860 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,715,670 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 5,553 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,594,296 kes.
Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,960 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,638 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 47,014 kes dengan 45,487 kes atau 96.8 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 19 kes atau 0.0 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,446 kes atau 3.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 28 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 34 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN