KES jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat apabila semalam mencatatkan sebanyak 5,685 kes berbanding 3,902 kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,635,648 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,337 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,554,286 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan lima daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,878 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,614 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 45,484 kes dengan 43,858 kes atau 96.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 39 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,531 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 35 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN