Facebook Twitter
    Trending
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    • 5 tabiat urus kewangan pada usia muda
    • Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’
    • Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton
    • 4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025
    • Kewangan

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah kemunculan semula Mat Kilau, tunjuk parut peluru sebagai bukti

    Kisah kemunculan semula Mat Kilau, tunjuk parut peluru sebagai bukti

    By June 29, 2022Updated:June 30, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kejayaan besar apabila bukan sahaja kutipan tiketnya mencecah belasan juta dalam masa kurang seminggu, malah nama pahlawan Mat Kilau disebut-sebut semula, termasuk dalam kalangan anak muda. 

    Kisah Mat Kilau sangat unik. Beliau diisytiharkan mati pada 1895 di Kelantan untuk mengelak daripada diburu penjajah British, kemudian muncul semula pada 1969 sebelum meninggal dunia kurang setahun selepas itu.

    Selama lebih tujuh dekad, Mat Kilau berpindah-randah sehingga ke Pattani, Thailand sebelum menetap semula di Pahang dengan identiti baharu. Kemunculan semula beliau pada hari Jumaat, 26 Disember 1969 di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut menggemparkan negara.

    Mat Siam

    Mengikut kisah yang diceritakan Mat Kilau kepada wartawan Utusan Malaysia, Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad, selepas tamat Perang Bahaman di Semantan, Pahang, beliau dan Dato’ Bahaman telah mengundurkan diri. Dato’ Bahaman akhirnya dikatakan meninggal dunia di Kelantan.

    Beliau kemudiannya pulang semula ke Pahang pada tahun 1900, ketika Pahang di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Abdullah. 

    Pada 1927, Mat Kilau dititahkan oleh Sultan Abdullah supaya menukar namanya kepada Mat Siam dan berpindah dari Kampung Tanjung Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran-Kuantan. Ini untuk mengelakkan beliau daripada dikesan oleh pihak British yang ketika itu masih berkuasa di Pahang.

    Pada 26 Disember 1969, Mat Kilau menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Pulau Tawar. Selepas solat dan membaca al-Quran buat seketika, beliau membuat pengumuman dan mendedahkan identitinya sebagai Mat Kilau di hadapan lebih 100 jemaah masjid tersebut.

    Beliau turut mendedahkan beberapa tanda pada badannya bagi membuktikan dirinya Mat Kilau, termasuk tahi lalat di pipi kanan, tahi lalat panjang di bahu kiri dan sebiji buntat embun yang tertanam di celah jari kelingking kaki kirinya.

    Malah, beliau turut menunjukkan beberapa parut peluru di tubuhnya. Parut tersebut jumlahnya mencecah puluhan.

    Wawancara Utusan Malaysia

    Utusan Malaysia merupakan akhbar pertama yang mewawancara Mat Kilau secara eksklusif selepas pahlawan itu muncul semula. Wawancara tersebut disiarkan pada 29 Disember 1969 dengan tajuk “Sah: Pahlawan Mat Kilau maseh hidup”. Wawancara tersebut dijalankan oleh wartawan, Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.

    Dalam wawancara tersebut, Mat Kilau membahasakan dirinya sebagai Aki. Menurut Nordin dan Haji Alang, pada usia 122 tahun, Mat Kilau masih boleh berjalan dengan gagah, cuma pandangan sedikit kabur. Malah, pendengarannya juga masih jelas.

    Kepada Nordin dan Haji Alang, Mat Kilau menceritakan semula kisahnya yang bersama berperang dengan Dato Bahaman sebelum berundur dan menyembunyikan diri.

    Ketika bercerita tentang kembalinya beliau ke Pahang pada 1900, Mat Kilau tiba-tiba berhenti dan menangis. Beliau kemudiannya mengucapkan tahlil dan membaca beberapa potong ayat al-Quran.

    KERATAN laporan muka hadapan Utusan Malaysia tentang kemunculan semua Mat Kilau pada 29 Disember 1969. Hubungi Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. untuk maklumat berkenaan laporan terdahulu Utusan Malaysia. Hubungi 03-74556428 atau emel [email protected].

    Lahir di Pulau Tawar, mahu mati di Pulau Tawar

    Hampir 15 minit Mat Kilau mendiamkan diri selepas menangis. Wartawan yang mewawancara juga tidak cuba mengajukan soalan lagi, sebaliknya menunggu pahlawan gagah itu bersedia meneruskan cerita.

    “Aki gembira dapat berada dengan sanak saudara setelah 78 tahun berpisah. Aki lahir di Pulau Tawar dan mahu mati di sini juga,” kata Mat Kilau sambil memandang ke wajah wartawan yang mewawancara.

    Pandangannya dilempar kepada tetamu lain pula seraya berkata, “Aki tidak mempunyai sebarang ilmu untuk diberikan kepada anak-anak semua”.

    Mat Kilau kemudiannya melanjutkan cerita tentang peperangan lain, iaitu Perang Kuala Lipis-Budu yang menyaksikan beliau membunuh sepasukan tentera upahan British yang terdiri daripada tentera Sikh di Kuala Tembeling.

    Dalam perang tersebut, Mat Kilau berhadapan dengan ‘hujan peluru’. Sedangkan, beliau hanya bersenjatakan sundang dan senjata lain. Sundang yang digunakan dalam perang itu dikatakan disembunyikan di makam Tuan Senik, Beserah, Kuantan.

    Digelar ‘Babi Lemak’

    Mat Kilau sekali lagi terdiam apabila dikemukakan soalan tentang pemergiannya dari negeri Pahang. Kata beliau, dia dihalau dari Pahang oleh penasihat British di negeri itu ketika itu, Hugh Clifford. Orang putih itu, kata beliau, turut menggelarnya sebagai ‘babi lemak’.

    “Sejak itulah Aki merantau dari kampung. Akhirnya Aki sampai di Kampung Penar dan Kampung Jambu di Pattani. Di sini Aki menjadi guru silat,” katanya.

    Kisah kemunculan semula Mat Kilau selepas puluhan tahun dianggap sudah meninggal dunia merupakan antara peristiwa paling menggemparkan yang pernah berlaku di negara ini. Bukan sahaja kisah kepahlawanannya boleh menjadi inspirasi, malah kemampuannya untuk kekal sihat pada usia lebih seratus tahun terus menjadi tanda tanya.

    Bagi mengesahkan identiti Mat Kilau, kerajaan Pahang telah menubuhkan jawatankuasa khas pada 8 Januari 1970 untuk menyiasat perkara tersebut. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Datuk Abdul Aziz Ahmad dan dianggotai Ibrahim Arshad, Abdul Razak Hitam, Kapten Mohd. Ali Muhammad, Zakaria Hitam dan Asaari Yaacob.

    Jawatankuasa tersebut mengesahkan bahawa Mat Siam ialah Mat Kilau, melalui keterangan yang diberikan beberapa pihak seperti Tok Pawang Nong, Mustafa Awang Mat, Mek Munah, Pak Him serta dua bekas petugas di istana Sultan Abdullah, Idris Lambak dan Haji Abdul Hamid Lela.

    Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970, 10 hari selepas kerajaan Pahang mengesahkan identitinya. Beliau meninggal dunia di Kampung Batu Lima, Kuantan di rumah yang didudukinya sejak berpindah ke kampung itu pada 1927. – RELEVAN

    featured Mat Kilau pendidikan sejarah

    Artikel berkaitan

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    October 29, 2025

    Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

    October 29, 2025

    5 tabiat urus kewangan pada usia muda

    October 28, 2025

    Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

    October 28, 2025
    Artikel Terkini

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    October 29, 2025

    Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

    October 29, 2025

    5 tabiat urus kewangan pada usia muda

    October 28, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.