Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 tanda anda perlukan bantuan pakar kesihatan mental

    4 tanda anda perlukan bantuan pakar kesihatan mental

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 28, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TEKANAN, kebimbangan (anxiety) dan perasaan negatif seperti sedih adalah sebahagian daripada naik turun emosi yang dialami kebanyakan manusia dalam kehidupan seharian.  Namun, jika ketidakstabilan emosi berlarutan dalam tempoh yang lama, ia mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan mental.

    Walaupun beberapa perasaan negatif mungkin dialami manusia disebabkan tekanan kehidupan dan berita sekeliling, adalah penting untuk membezakan antara tekanan mental biasa dengan keadaan yang memerlukan rawatan serta bantuan profesional.

    Jika berasa sukar mengharungi kehidupan seharian akibat tekanan melampau, tidak dapat mengawal emosi, kemurungan sehingga menganggu keupayaan untuk fokus menjalankan tanggungjawab, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan rawatan profesional.

    Dengan belajar mengenali tanda-tanda keadaan mental yang serius, baik dalam diri sendiri atau orang sekeliling, ia boleh membantu anda mendapatkan rawatan awal sebelum terlambat.

    Apa itu kesihatan mental?

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesihatan mental merangkumi emosi, pemikiran dan kesejahteraan mental. Apabila seseorang mengalami gangguan kesihatan mental, ia boleh menjejaskan pemikiran dan mempengaruhi tingkah laku mereka.

    Namun, perlu difahamkan bahawa ‘kesihatan mental’ dan ‘penyakit mental’ adalah tidak sama.  

    “Seseorang boleh mengalami kesihatan mental yang lemah dan tidak didiagnosis dengan penyakit mental.  Begitu juga seseorang yang mengalami gangguan kesihatan mental kelihatan mempunyai kesejahteraan fizikal, mental dan sosial,” kata CDC.

    Antara gangguan kesihatan mental ialah kemurungan, skizofrenia, gangguan personaliti, gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) dan sebagainya.

    Sukar untuk mengetahui sama ada perasaan anda adalah tindak balas biasa terhadap pasang surut kehidupan atau isu yang lebih serius. Relevan berkongsi beberapa tanda kesihatan mental mula terjejas dengan serius. Jika ada tanda-tanda ini dalam diri anda, segera dapatkan bantuan pakar. 

    Tanda-tanda untuk mendapatkan bantuan pakar kesihatan mental

    • Merasakan tekanan terlalu berat untuk ditanggung

    Tekanan atau stres ialah tindak balas biologi terhadap apa yang otak anggap sebagai situasi yang mengancam. Neurotransmitter dalam otak mengaktifkan amygdala iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memproses emosi.

    Antara punca yang menyebabkan tekanan termasuk perubahan besar dalam kehidupan seperti perceraian atau kematian, tekanan berkaitan kerja atau isu kewangan.

    Tiada siapa yang terkecuali daripada mendapat tekanan hidup, tetapi tempoh tekanan yang berpanjangan boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal yang negatif seperti melemahkan sistem imun.  

    Badan kita biasanya akan memberitahu sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dan kita perlu peka dengan perubahan badan.  Ambil masa dan selesaikan urusan satu demi satu dengan perlahan untuk mengurangkan tahap tekanan. Ini adalah salah satu sebab meluangkan masa untuk berehat atau bermeditasi boleh membantu mengurangkan tekanan.

    • Kebimbangan melemahkan badan

    Kebimbangan (anxiety) adalah sama dengan tekanan kerana ia adalah tindak balas otak anda terhadap ancaman yang dirasakan. Menurut National Institute of Mental Health, gejala mungkin termasuk peningkatan kadar denyutan jantung, kesukaran bernafas dan rasa gugup. 

    Kebanyakan manusia mengalami kebimbangan akibat daripada peristiwa yang tegang atau tertekan. Bagaimanapun, gangguan kecemasan melibatkan kebimbangan berulang apabila ancaman itu tidak lagi hadir. Apabila mengalami kebimbangan keterlaluan sehingga menjadi luar kawalan, lebih baik untuk mendapatkan bantuan dan rawatan dengan segera.

    • Kemurungan menjadi norma baharu

    Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental biasa yang memberi kesan negatif terhadap keupayaan untuk menyelesaikan tanggungjawab dalam kehidupan. Neuron tidak dapat berhubung dengan neuron lain dengan mudah di otak kerana berlakunya kemurungan, seperti yang dinyatakan oleh Yale Medicine. 

    Gejala kemurungan mungkin termasuk kekurangan tidur, perubahan berat badan atau masalah peribadi hidup. Seseorang yang tertekan juga akan mengalami perasaan sedih, bersalah dan hilang minat terhadap aktiviti yang digemari sebelum ini.

    Terdapat pelbagai rawatan yang boleh membantu, tetapi adalah sangat penting untuk berbincang dengan pakar yang boleh menentukan sama ada emosi tidak baik berlaku dengan sementara atau menjadi tanda kemurungan klinikal.

    • Mania mengakibatkan perubahan emosi yang ekstrem

    Mania dicirikan dengan emosi ekstrem sama ada tinggi atau rendah di mana seseorang boleh menjadi tidak terkawal. Gejala boleh termasuk terlalu banyak berfikir, bercakap dengan pantas, cepat marah dan paranoia. Episod manik adalah penunjuk keadaan kesihatan mental seperti bipolar tahap satu atau gangguan skizoafektif.

    Bilakah waktu yang sesuai untuk bertemu pakar kesihatan mental?

    Agak sukar untuk mengenal pasti sama ada pancaroba emosi terhadap situasi yang mencabar itu tindak balas semula jadi atau merupakan tanda kepada masalah kesihatan mental yang lebih kritikal.

    Hanya pakar seperti ahli psikologi, pakar psikiatri atau kaunselor profesional berlesen boleh menilai dengan tepat keadaan kesejahteraan mental dan mencadangkan rawatan dan bantuan yang bersesuaian atau jika berkeperluan.

    Menurut Forbes, terdapat beberapa tanda yang perlu diberi perhatian apabila menilai kesihatan mental anda sendiri dan memutuskan sama ada bantuan profesional diperlukan. 

    • Perasaan sedih yang berpanjangan
    • Hilang minat dalam aktiviti sosial
    • Perubahan pola tidur atau makan
    • Peningkatan penggunaan dadah atau alkohol
    • Halusinasi pendengaran atau visual
    • Keterlaluan emosi yang melampau
    • Fikiran mencederakan diri sendiri atau membunuh diri
    • Paranoia
    • Keletihan atau kekurangan tenaga yang tidak berkaitan dengan keadaan kesihatan fizikal
    • Pertambahan atau penurunan berat badan yang tidak berkaitan dengan faktor lain

    Jika anda mengalami satu atau lebih gejala ini, lebih baik untuk rujuk dengan pakar dan dapatkan bantuan yang sepatutnya. 

    Sekiranya dibiarkan, masalah berkemungkinan akan berlarutan dan menjadi lebih besar sehingga menjejaskan rutin harian termasuk menjejaskan waktu tidur dan pekerjaan. – RELEVAN

    Previous ArticleBantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik
    Next Article 2,025 kes jangkitan baharu Covid-19

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.