Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima reruai pilihan Relevan di PBAKL2022

    Lima reruai pilihan Relevan di PBAKL2022

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ACARA buku terbesar negara, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kembali lagi tahun ini. Bermula 3 Jun lalu, acara itu akan berakhir pada Ahad ini. Buat anda yang belum berkesempatan berkunjung, masih ada masa lagi.

    Terdapat 709 pempamer yang terlibat dalam PBAKL tahun ini. Sambutannya meriah walaupun mungkin tidak semeriah ketika sebelum pandemik dahulu. Ini merupakan kali pertama PBAKL dianjurkan secara fizikal di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur selepas pandemik melanda.

    Relevan berkesempatan meluangkan masa untuk meninjau keadaan di WTC. Ternyata para pempamer tidak melepaskan peluang untuk menawarkan tajuk buku baharu dan lama, malah diskaun istimewa untuk para pengunjung.

    Buat anda yang mahu berkunjung dan tidak tahu mahu menuju ke mana, Relevan sediakan untuk anda senarai lima reruai pilihan yang menawarkan aneka buku berkualiti dan segar.

    • Bibliophile X Biblio Press

    Terletak di tingkat 4 WTC, reruai ini menampilkan buku-buku terbitan Biblio Press dan penerbit-penerbit lain. Kebanyakan buku yang dijual bertema falsafah, pemikiran dan sejarah, baik dalam bentuk cereka mahupun bukan cereka.

    Antara buku menarik yang perlu dimiliki pengunjung ialah terjemahan 1984 karya George Orwell, terjemahan Pedagogi Kaum Tertindas karya Paulo Freire dan terjemahan Magdalena karya Alphonse Karr. 

    • IBDE

    Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) merupakan reruai yang menawarkan pelbagai terjemahan karya-karya besar dunia. Terletak bersebelahan dengan reruai Bibliophile X Biblio Press di Tingkat 4, reruai ini sering kali diisi dengan perbincangan berkenaan buku yang turut disiarkan secara langsung laman Facebook IBDE.

    Antara buku menarik yang mendapat perhatian Relevan termasuk Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal (Martin Lings), Diari Seorang Gadis (Anne Frank) dan Gelagat & Ragam Orang Melayu (Frank Swettenham).

    • Lejen X Rabak-Lit 

    Juga terletak di Tingkat 4, reruai Lejen X Rabak-Lit menawarkan bacaan yang lebih santai tetapi meluas. Baik buku puisi, kumpulan cerpen, novel atau bukan cereka, semuanya ada di sini. Reruai ini lebih menyasarkan pembaca muda yang berminat dengan bahan bacaan alternatif, terutamanya dalam bidang filem dan muzik.

    Pembaca boleh mendapatkan buku seperti Kelab Rancu Puisi (pelbagai penulis), Pemberontak Filem II (Nasir Jani) dan Lalang (Syed Ahmad Fathi).

    • Toko Buku Rakyat

    Satu-satunya reruai pilihan Relevan yang berada di Tingkat 3. Reruai ini mengumpulkan buku-buku pemikiran, falsafah, teologi dan biografi tokoh, terutamanya dari jalur pemikiran tinggi. Buku-buku yang dijual adalah dari pelbagai penerbit, termasuk RepublikBuku, Cukong Press dan Gerak Budaya. 

    Antara buku yang menarik ialah Hidup Hanya Sekali (Zin Mahmud), 23 Hari Ditawan Monarki (Khalid Ismath) dan Semua Orang Adalah Guru (Sadiq Salihoddin).

    • The Patriots Publishing

    Pelbagai buku bermaklumat yang ditulis secara santai dapat ditemui dalam reruai ini. Penerbit yang terlibat termasuk Patriots Publishing dan Maha Karya. Tema penulisannya sangat luas, dari sejarah, politik hingga ke pelbagai subbidang sains. Juga ada karya-karya cereka.

    Antara yang menarik ialah Penerbangan Terakhir MH370 & MH17 (Azharuddin Abdul Rahman), Genesis II: Sapien & Neo-Manusia (Zamir Mohyedin) dan Politik Untuk Pemula (Ayman Rashdan Wong).

    – RELEVAN

    Previous ArticlePertanian bandar langkah penting ketika dunia berdepan krisis makanan
    Next Article 1,518 kes baharu Covid-19, 6 kematian direkodkan semalam

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.