Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu dibayar gaji yang tinggi? Ini tip dikongsikan oleh konsultan kerjaya

    Mahu dibayar gaji yang tinggi? Ini tip dikongsikan oleh konsultan kerjaya

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Fauxels-Pexels

    SENARIO ekonomi Malaysia kini mendesak para graduan baharu dan pencari kerja untuk menuntut gaji yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh majikan akibat peningkatan kos sara hidup.

    Kebelakangan ini, negara kita berhadapan dengan isu inflasi makanan yang mengakibatkan berlaku peningkatan harga bagi kumpulan makanan dan minuman. Khabar ini sedikit sebanyak telah meningkatkan perbelanjaan isi rumah dan meletakkan rakyat di dalam situasi yang sukar untuk meneruskan kehidupan.  

    Oleh kerana kos sara hidup semakin meningkat, rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi graduan baharu telah bertindak untuk menuntut kadar gaji yang lebih tinggi.  Namun, persoalannya adakah kemahiran graduan baharu setanding dengan gaji yang diminta? 

    Konsultan kerjaya di Career Cube, Nik Akmal Nik Osman berkata jika mahu dibayar dengan gaji yang tinggi, anda perlu menyumbang khidmat, kemahiran dan bakat yang lebih tinggi kepada majikan untuk menunjukkan nilai anda sebagai pekerja yang berbakat.

    Pun begitu, beliau berpendapat bahawa pada peringkat awal pekerjaan, graduan baharu seeloknya mempunyai matlamat utama untuk menimba ilmu pengetahuan.  Hal ini kerana graduan baharu masih belum cukup ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masing-masing.

    “Pada peringkat awal pekerjaan, graduan baharu sepatutnya fokus untuk memantapkan diri. Ambil peluang untuk bina rangkaian kenalan dan timba sebanyak mungkin ilmu untuk meningkatkan kemahiran.  

    “Apabila sudah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan mampu menawarkan pelbagai jenis faedah, anda akan menjadi anak syarikat yang bernilai kepada majikan.  Ambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk mencari pengalaman sebelum berunding dengan majikan bagi kenaikan gaji,” nasihat beliau.

    Nik Akmal juga berkongsi beberapa tip untuk menuntut gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan ketika sesi temu duga.

    Jika anda sudah berniat untuk menuntut gaji lebih tinggi, lakukan kajian terhadap laporan gaji sebelum anda hadir ke sesi temu duga. Walaupun tidak salah untuk menuntut gaji lebih tinggi namun, perlu realistik dan mengikut pasaran.

    Selain itu, anda juga perlu pastikan bakti yang ditabur setanding dengan habuannya.  Jika anda masih belum cukup pengalaman, tetapi menuntut gaji yang mahal dan tidak setaraf dengan pengalaman bekerja, kemungkinan besar permohonan anda untuk meminta gaji yang lebih tinggi akan ditolak.

    Akan tetapi, jika permohonan anda untuk menuntut gaji lebih tinggi ditolak, apakah tindakan wajar perlu dilakukan?

    Semak semula prioriti anda.  Jika merasakan nilai skil anda boleh memberi pulangan kepada majikan adalah lebih tinggi berbanding gaji yang ditawarkan atau anda mempunyai banyak komitmen, lakukan rundingan secara profesional sehingga mendapat persetujuan sebulat suara.  

    Sekiranya rundingan itu ditolak,  cari syarikat lain yang mampu membayar gaji seperti anda mahukan.

    Jika anda tidak mempunyai komitmen yang besar, dahulukan mencari ilmu dan pengalaman untuk melengkapkan diri dengan kriteria, skil dan bakat yang dikehendaki.  – RELEVAN

    Previous Article88% menderita long Covid, pakar mohon maklum balas untuk kajian lanjutan
    Next Article Mengapa orang ‘bodoh’ selalu yakin?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.