Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 88% menderita long Covid, pakar mohon maklum balas untuk kajian lanjutan

    88% menderita long Covid, pakar mohon maklum balas untuk kajian lanjutan

    By June 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Ron Lach-Pexels

    PANDEMIK Covid-19 bukan sahaja menjadi wabak pembunuh, tetapi ia turut meninggalkan kesan berpanjangan kepada pesakit selepas sembuh. Fenomena ini dikenali sebagai pasca-Covid atau long Covid.

    Simptom long Covid berterusan selama beberapa minggu atau bulan selepas jangkitan Covid-19 akut dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja bekas pesakit walaupun mengalami jangkitan gelaja ringan.

    Pensyarah di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Moy Foong Ming berkata, pihaknya telah menjalankan kajian ke atas bekas pesakit Covid-19 bermula Julai hingga September 2021 lalu.

    “Kami mendapati kira-kira 88 peratus (%) daripada mereka mengalami gejala long Covid sehingga enam minggu sejak diagnosis.

    “Sebanyak 48% pula mengalami gejala tersebut lebih enam minggu manakala 21.1% mengalaminya lebih tiga bulan dan 10% lebih enam bulan,” katanya.

    Jelas beliau, 10 simptom pasca-Covid yang paling kerap dilaporkan ialah keletihan (72.1%), kabut otak (50.9%), sakit sendi atau otot (45.5%), berasa cemas (45.4%), insomnia (45.1%), rasa tertekan (41.2%), batuk berterusan (39.6%), berasa sakit (39.5%), hilang bau atau rasa (37.1%), penurunan berat badan (34.3%), sakit kepala (33.5%), sukar bernafas (33.3%), pening semasa berdiri ( 32.9%) dan denyutan jantung yang amat cepat (31.7%).

    Keputusan kajian tersebut disumbangkan oleh bekas pesakit Covid-19 yang kemungkinan besar berada dalam gelombang Delta dan tidak divaksinasi sebelum terkena jangkitan.

    “Kini, virus yang dominan ialah varian Omicron dan lebih daripada 80% telah diberi suntikan vaksinasi dengan dua dos dan 68% orang dewasa sudah diberi vaksin dengan dos penggalak,” ujarnya.

    Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan United Kingdom, individu yang diberi suntikan vaksinasi dua dos didapati mengalami gejala pasca-Covid  49.7% lebih rendah dalam kalangan bekas pesakit varian Omicron daripada yang mempunyai varian Delta.

    Walau bagaimanapun, tiada bukti statistik tentang perbezaan risiko antara jangkitan varian Delta dengan Omicron dalam kalangan orang dewasa yang telah menerima tiga dos vaksin.

    Satu kajian kecil dari Jepun juga melaporkan bahawa lazimnya keadaan pasca-Covid daripada jangkitan Omicron adalah kurang berbanding strain lain.

    Sehubungan itu, pasukan penyelidik dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya ingin menjalankan satu lagi kitaran tinjauan tentang gejala berpanjangan long Covid untuk menentukan sama ada individu yang dijangkiti Covid-19 (dengan atau tanpa gejala semasa jangkitan Covid-19) mengalami sebarang gejala berpanjangan selepas pemulihan dan tempoh gejala tersebut.

    Tinjauan ini tersedia dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan orang ramai boleh menekan pautan di https://redcap.link/3cvjqbf3.

    Penyertaan anda akan menyumbang kepada pemahaman tentang long Covid atau keadaan berpanjangan pasca-Covid dalam kalangan bekas pesakit.

    Penemuan ini juga akan memberi manfaat dalam perancangan sumber manusia untuk menyediakan penjagaan kesihatan dan sokongan yang diperlukan serta program intervensi untuk menyokong individu yang mengalami kesan berpanjangan selepas dijangkiti virus tersebut.-RELEVAN

    covid-19 featured Long Covid
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.