KES harian jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 1,325 kes berbanding 1,155 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,505,059 kes.
Sebanyak 1,935 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,445,611 kes.
Semalam turut merekodkan empat kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,669 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,555 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,779 dengan 22,778 atau 95.8 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 15 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 954 atau 4.0 peratus pesakit dirawat di hospital, 17 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 15 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN