SEMALAM merekodkan sebanyak 1,645 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,877 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,502,579 kes.
Bagi kes sembuh pula, dilaporkan sebanyak 1,809 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,441,701 kes.
Semalam turut merekodkan dua kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,660 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,553 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,218 dengan 24,238 atau 96.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 16 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 930 atau 3.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 17 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 17 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN