JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,544 kes semalam berbanding 1,817 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,492,864 kes.
Sebanyak 2,905 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,432,071 kes.
Semalam turut merekodkan dua kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,645 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,551 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,148 dengan 24,009 atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 22 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,078 atau 4.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 14 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 25 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN