SEBANYAK 2,123 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam berbanding 2,017 kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,485,419 kes.
Sebanyak 2,303 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,419,997 kes.
Semalam turut merekodkan tiga kematian dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,633 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,550 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 29,789 dengan 28,569 atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 20 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,165 atau 3.9 peratus pesakit dirawat di hospital, 13 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 22 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN