Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tahniah rakyat Malaysia, tiada kenaikan mendadak kes Covid-19 selepas Aidilfitri

    Tahniah rakyat Malaysia, tiada kenaikan mendadak kes Covid-19 selepas Aidilfitri

    By KU SYAFIQ KU FOZI dan Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 19, 2022Updated:May 19, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang berjaya mengekalkan kes harian Covid-19 pada tahap stabil selepas perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

    Beliau berkata, ia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik yang bermula pada 1 April lalu.

    Jelas beliau, berbanding negara-negara lain, rakyat Malaysia masih mengekalkan langkah-langkah kesihatan awam walaupun langkah tersebut tidak lagi dikuatkuasakan melalui undang-undang.

    “Dari segi tingkah laku, rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan ke endemik. Di kawasan terbuka, masih ramai yang memakai pelitup muka.

    “Maknanya, rakyat Malaysia sudah tahu bagaimana mahu hidup dengan Covid-19. Mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar rumah. Jangan bercampur dengan masyarakat dan asingkan diri,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 dan pelancaran semula laman web Asthma Malaysia (AM) di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur hari ini.

    Pakar kesihatan sebelum ini meramalkan kes harian Covid-19 akan meningkat semula selepas perayaan Aidilfitri dan boleh mencecah sehingga 20,000 kes, seperti ketika kemuncak gelombang Omicron beberapa bulan lalu.

    Menurut Khairy, selain pengamalan langkah kesihatan awam yang menjadi perisai utama negara melawan Covid-19, pemvaksinan yang tinggi turut membantu mengurangkan kesan buruk wabak tersebut terhadap negara.

    Jelas beliau, antara indikator yang dapat dilihat ialah hospital-hospital tidak lagi dibebani dengan kes Covid-19 yang banyak.

    “Banyak kes lain dapat diselesaikan sekarang, termasuk memberi tumpuan kepada penyakit seperti asma dan penyakit tidak berjangkit lain,” katanya.

    Sementara itu, Khairy dalam ucapannya berkata, Kertas Putih Kesihatan akan dibentangkan di Parlimen pada November ini sebagai usaha kerajaan memastikan sistem kesihatan negara bersedia menghadapi cabaran masa hadapan, termasuk dalam isu rawatan serta penjagaan pesakit asma.

    Ujar beliau, cadangan-cadangan dalam kertas putih tersebut akan menyelesaikan bukan sahaja cabaran jangka pendek yang dihadapi sistem kesihatan negara, malah isu jangka panjang seperti pendanaan dan peruntukan, pertumbuhan melibatkan isu alam sekitar, sosial dan pentadbiran (ESG), pembangunan modal insan, pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan pembiayaan mampan.

    “Insya-Allah, Kertas putih ini akan inklusif dan meliputi juga beberapa cabaran yang dibangkitkan hari ini berkenaan jurang dalam penjagaan pesakit asma,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article2,017 kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article OKU mampu bangkit jadi usahawan berjaya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.