Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekonomi negara tumbuh 5% pada suku pertama 2022, jauh atasi jangkaan penganalisis

    Ekonomi negara tumbuh 5% pada suku pertama 2022, jauh atasi jangkaan penganalisis

    By May 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MALAYSIA mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus bagi suku pertama 2022 berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan yang jauh mengatasi jangkaan penganalisis itu disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik apabila kegiatan ekonomi terus kembali normal dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, pencapaian positif tersebut dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini didorong oleh langkah kerajaan membuka semula sempadan dan peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April lalu.

    Kata beliau, pembukaan semula sempadan dijangka dapat memulihkan sektor pelancongan yang terkesan oleh pandemik Covid-19 sejak Mac 2020 terutamanya kepada industri berkaitan termasuk penerbangan, penginapan dan hospitaliti.

    “Kerajaan menjangkakan ketibaan seramai dua juta pelancong asing pada tahun ini yang akan menyumbang sebanyak RM8.6 bilion kepada ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pertumbuhan KDNK suku pertama 2022 diumumkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin.

    Antara petunjuk ekonomi yang mencatat pencapaian yang lebih baik pada suku tersebut ialah pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatat aliran masuk bersih yang lebih tinggi iaitu peningkatan hampir tiga kali ganda kepada RM24.4 bilion berbanding RM8.5 bilion pada suku pertama 2021 dan kira-kira separuh separuh daripada RM48.1 bilion bagi keseluruhan 2021.

    Menurut Mustapa, pasaran buruh juga semakin pulih dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 4.1 peratus pada suku pertama 2022 dengan bilangan penganggur berkurangan kepada kira-kira 671,200 orang, paras paling rendah sejak suku kedua 2020.

    “Indeks Sentimen Pengguna yang diterbitkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) melepasi nilai ambang optimistik mencatat 108.9 mata pada suku pertama 2022 berbanding 97.2 mata pada suku sebelumnya.

    “Indeks Keyakinan Ketua Eksekutif yang diterbitkan bersama oleh Vistage dan MIER mencatat 122.2 mata pada suku pertama 2022, yang tertinggi sejak pandemik Covid-19,” katanya.

    Walau bagaimanapun, jelas Mustapa, Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang terbuka tetap berhadapan dengan risiko persekitaran luar yang mencabar. Antaranya termasuk jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia bagi 2022 yang lebih rendah seperti yang diunjurkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 3.6 peratus dan Bank Dunia sebanyak 3.2 peratus.

    “Konflik Rusia-Ukraine yang telah berlarutan kira-kira tiga bulan menyebabkan berlakunya gangguan rantaian bekalan global serta peningkatan harga minyak mentah dan komoditi yang akan memberi tekanan kepada kenaikan inflasi.

    “Langkah yang diambil China untuk mengetatkan sekatan pergerakan bagi membendung Covid-19 yang akan mempengaruhi permintaan eksport negara memandangkan China merupakan rakan dagangan utama Malaysia.

    “Ketidaktentuan dasar monetari beberapa negara maju yang akan mempengaruhi aliran pasaran modal,” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.