Facebook Twitter
    Trending
    • Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya
    • Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jururawat, wira yang tidak didendang

    Jururawat, wira yang tidak didendang

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 12, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEPERTI doktor dan pegawai perubatan, jururawat juga merupakan salah satu kerjaya yang dianggap mulia kerana mereka insan yang berada di sisi doktor dalam misi menyelamatkan dan membantu para pesakit.  

    Pada tarikh 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat akan disambut di seluruh dunia untuk mengenang jasa dan perjuangan mereka dalam merawat dan berbakti kepada masyarakat serta negara sehingga sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka.

    Sempena Hari Jururawat Sedunia, Relevan kongsikan kisah dan pengalaman bekerja yang dikongsikan oleh dua jururawat yang berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk merawat dan menyelamatkan para pesakit.

    Dalam pemilihan kerjaya, pasti ada beberapa faktor yang menjadi inspirasi kepada mereka yang bergelar jururawat.  Menurut graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru sahaja mengorak langkah dalam dunia kejururawatan, Nurul Afiah Abdul Talib,  memutuskan untuk menceburi bidang ini untuk mengikut jejak langkah kakaknya.

    “Sokongan dan dorongan daripada kakak meyakinkan saya untuk meneruskan cita-cita ini.  Saya terinspirasi mendengar kisah yang dikongsikan oleh kakak ketika dia bekerja untuk merawat pesakit.  Saya beranggapan ini (jururawat) merupakan pekerjaan yang mulia kerana sering membantu orang ramai yang kesakitan sehingga pulih,” kongsi Afiah.

    Oleh kerana pekerjaan jururawat banyak melibatkan kesihatan dan nyawa orang ramai, banyak cabaran mereka perlu hadapi.

    Jururawat masyarakat, Nurul Laily Man berkongsi antara cabaran dan pengalaman perit sepanjang bekerja sebagai jururawat masyarakat Gred U24 selama 20 tahun untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang lemas ketika mandi laut.

    “Saya baru sahaja ditugaskan di klinik itu dan masih belum banyak pengalaman.  Dalam keadaan yang kelam kabut saya melakukan bantuan kecemasan resusitasi pulmonari (CPR) untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.  

    “Yang membuatkan saya rasa perit ialah kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan walaupun kami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya,” kata Laily.

    Jururawat masyarakat merujuk kepada petugas kesihatan yang berkhidmat secara langsung kepada masyarakat dan tertumpu dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga.  Jururawat masyarakat Gred U24 bertanggungjawab terus kepada Jururawat Kesihatan dan Ketua Jururawat Kesihatan dalam aspek membantu Jururawat Kesihatan merancang pengalaman klinikal dan amali serta memberi orientasi kepada Jururawat Masyarakat Pelatih.

    Tidak dapat dinafikan, pekerjaan yang melibatkan nyawa orang lain merupakan pekerjaan yang mencabar kerana tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa terletak di atas bahu mereka.  Ada kalanya, mereka juga perlu merisikokan nyawa mereka sendiri atas nama bakti dan tanggungjawab.

    Akan tetapi, boleh dikatakan kerjaya sebagai jururawat ini kurang diberi penghargaan yang sepatutnya sehingga ada yang mempunyai persepsi yang buruk terhadap jururawat.  Hakikatnya, mereka adalah antara petugas yang dekat dengan para pesakit selain doktor.  

    “Pekerjaan sebagai seorang jururawat merangkumi segala aspek. Tidak hanya yang terzahir dari segi menguruskan pesakit tetapi jururawat juga bertanggungjawab untuk memberi sokongan kepada pesakit dari aspek emosi dan rohani untuk kekal sihat dan bersemangat untuk kembali pulih,” tambah Afiah.

    Afiah juga berkata, jururawat perlu menjadi orang yang berilmu pengetahuan kerana sesiapa akan datang dan bertanya apa-apa berkaitan masalah kesihatan, nasihat dan sebagainya.  Jadi, mereka perlu berpengetahuan luas untuk memberikan info kesihatan dengan fakta yang tepat kepada masyarakat.

    Pekerjaan sebagai jururawat ini juga mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan tinggi permintaan kerana sentiasa akan ada manusia yang jatuh sakit dan sebagainya.  Lebih-lebih lagi sejak wabak Covid-19 melanda negara dan kes harian mencecah puluhan ribu.  

    Kita dapat lihat pada saat kritikal ramai yang terkorban kerana virus Covid-19, negara kekurangan pegawai perubatan sehingga memerlukan sukarelawan.  Bagai telur di hujung tanduk, jururawat dan pegawai kesihatan yang lain berhempas pulas bertarung merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19.

    Dalam puluhan ribu mangsa korban Covid-19, ribuan petugas kesihatan termasuk jururawat juga terkorban sama ada dijangkiti Covid-19 atau meninggal dunia kerana terlalu penat kerana mereka bekerja tanpa rehat. 

    “Saya bangga menjadi seorang jururawat kerana dapat membantu masyarakat.  Seperti slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kami Sedia Membantu,” ujar Laily lagi.

    Justeru, hargai dan kenang segala jasa petugas kesihatan kita termasuk para jururawat yang di luar sana kerana mereka juga merupakan wira barisan hadapan yang tidak pernah berundur dan berputus asa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.  Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. –  RELEVAN

    Previous ArticleLatih anak urus kewangan mengikut 3 kumpulan usia
    Next Article Jangkitan baharu terus meningkat, sebanyak 3,410 kes dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026
    Artikel Terkini

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.