Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Covid-19 masih ada, pulang beraya sambil beringat, pesan pakar kesihatan

    Covid-19 masih ada, pulang beraya sambil beringat, pesan pakar kesihatan

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 28, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SELEPAS Ramadan, Syawal juga bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia.  Aidilfitri pada tahun ini lebih bermakna dan istimewa kerana kali ini ramai orang dari perantauan berpeluang untuk pulang setelah dua tahun tidak merayakannya di kampung halaman disebabkan virus Covid-19 yang menjadi penghalang.

    Akan tetapi, jangan sampai keterujaan itu menjadi suatu penyesalan dikemudian hari.  Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan banyak kelonggaran, rakyat masih perlu berhati-hati kerana kita masih belum bebas daripada virus Covid-19.

    Relevan kongsikan beberapa peringatan dan langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa di kampung halaman masing-masing, berdasarkan perkongsian Doktor Pakar Kesihatan Pekerjaan serta Doktor Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr. Hanafiah Bashirun.

    1. Lakukan ujian kendiri Covid-19

    Setiap orang dinasihati untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga kerana mungkin ada dalam kalangan kita yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan apa-apa gejala.  

    Adalah lebih baik jika ujian kendiri Covid-19 dilakukan sebelum bertolak ke kampung halaman dan sebelum pulang ke kediaman masing-masing untuk memastikan kita berada dalam persekitaran bebas Covid-19.

    Semasa pembelian kit ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag), periksa dahulu tarikh tamat tempoh kit ujian tersebut (https://relevan.com.my/2022/04/26/ujian-rtk-ag-ada-tarikh-luput-ini-yang-anda-perlu-tahu/).  Jika menggunakan kit ujian yang sudah tamat tempoh, keputusan yang ditunjukkan berkemungkinan tidak tepat dan akan membawa kemudaratan. Pastikan anda lakukan ujian kendiri Covid-19 diselia dan disahkan oleh pengamal perubatan secara maya.

    2. Elakkan berkumpul di tempat sesak

    Hanafiah juga mencadangkan untuk rancang perjalanan bersama keluarga terlebih dahulu bagi mengelakkan berkumpul serentak di dalam satu rumah pada masa yang sama. 

    Buka pintu dan tingkap untuk memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik dan mengelakkan udara terperangkap.  Hal ini kerana pengudaraan yang semakin berkurang dalam ruang dengan ramai orang akan meningkatkan risiko jangkitan.

    3. Kurangkan salam bersalaman dan elakkan berpelukan

    Untuk mengurangkan risiko jangkitan, kita perlu mengurangkan kontak dengan orang sekeliling, lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga yang berumur.  Sekiranya bersalaman, cuci tangan dengan pembasmi kuman secepat yang mungkin.  Anda dinasihatkan untuk elakkan berpelukan kerana semakin dekat mulut dan hidung kita dengan orang lain, semakin tinggi risiko jangkitan.

    4. Kuatkan sistem imun badan

    Amalkan pengambilan Vitamin C dan Vitamin D untuk menguatkan sistem imun badan.  Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum pengambilan apa-apa suplemen kesihatan vitamin.

    “Jangan jadikan perayaan tahun ini perayaan yang terakhir.  Jaga diri dan jalankan tanggungjawab anda untuk mengekalkan kesejahteraan keluarga dan jaminan kesihatan yang baik. Beraya sambil beringat,” tegas Hanafiah. – RELEVAN

    Previous Article3,471 kes baharu dilaporkan semalam, kategori 2 catat kes tertinggi
    Next Article Kes harian Covid-19 kekal bawah 5,000

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.