KES baharu jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 6,968 kes semalam berbanding 6,069 kes kelmarin.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,409,202 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 2,854 kes atau 40.96 peratus manakala sebanyak 4,083 kes atau 58.60 peratus direkodkan bagi kategori 2.
Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 11 kes (0.16 peratus) manakala 8 kes (0.11 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan 12 kes (0.17 peratus) untuk kategori 5.
Semalam juga mencatatkan sebanyak 8,267 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,283,013 kes atau 97.1 peratus.
Menurut data laman web CovidNow, semalam turut merekodkan 16 kematian dengan lapan daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,449 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,497 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 35,465 dengan 88,489 atau 97.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 183 kes atau 0.2 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,955 atau 2.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 34 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 63 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN