Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manusia hanya ada masa tiga tahun untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata saintis

    Manusia hanya ada masa tiga tahun untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata saintis

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Markus Spiske/ Pexels

    BARU-baru ini media sosial dibanjiri dengan berita ribuan saintis di seluruh dunia mengadakan protes, menggesa kerajaan masing-masing untuk melakukan tindakan yang sewajarnya terhadap isu perubahan iklim dengan segera.

    Lebih 1,000 saintis dari lebih 25 negara melakukan protes untuk mengetengahkan kajian daripada laporan Panel Perubahan Iklim Antara-Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan manusia hanya mempunyai tiga tahun lagi untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

    Menurut kajian daripada laporan tersebut, jika pihak berwajib masih memejamkan mata dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang sewajarnya, pelepasan gas rumah hijau akan menyebabkan suhu pemanasan global median mencecah 3.2 darjah Celsius menjelang 2100.

    Pensyarah Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Yusoff Ishak, berkata, salah satu cara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ialah melalui membudayakan amalan gaya hidup rendah karbon.

    Rendah karbon merujuk kepada sumber tenaga yang menghasilkan tahap pelepasan gas ke atmosfera rumah hijau (GHG) yang rendah. Terdapat beberapa gas yang dikelaskan sebagai GHG contohnya karbon, metana dan nitrus oksida.

    Yusoff berkata, punca utama kepada peningkatan karbon ialah daripada sektor tenaga melalui penjanaan dan penggunaan elektrik, pengangkutan dan daripada sisa perbandaran di tapak pelupusan. 

    “Aktiviti manusia melalui sektor perindustrian dan pertambahan populasi turut meningkatkan pelepasan karbon,” jelasnya.

    Sehubungan itu, Relevan akan berkongsi antara amalan gaya hidup rendah karbon yang boleh kita amalkan.

    1. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemah

    Penggunaan tenaga elektrik antara penyumbang terbesar kepada pengeluaran karbon oleh setiap individu. Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan penggunaan elektrik ialah menggunakan alat pendingin hawa untuk keadaan tertentu sahaja seperti dalam situasi panas luar biasa.  

    Jangan lupa juga untuk menutup suis elektrik selepas selesai menggunakannya. Cara ini bukan sahaja berpotensi mengurangkan bil elektrik malah, berkemungkinan dapat mengurangkan pelepasan karbon di atmosfera.

    2. Jadikan amalan 3R sebagai tabiat

    Amalan 3R iaitu reduce, reuse, recycle sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lepas. Namun, segelintir masyarakat kita masih tidak mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian.  

    Kita perlu mengurangkan penggunaan produk atau barangan untuk mengelakkan penjanaan bilangan sisa yang berlebihan. Bagi mempraktikkan amalan kitar semula, kita boleh menjadi kreatif dengan menggunakan semula botol minuman plastik sebagai pasu bunga. Di samping mengurangkan dan menggunakan semula barangan terpakai, kita juga perlu menanam pokok untuk memelihara alam sekitar. 

    3. Gunakan beg mesra alam (eco-bag)

    Apabila keluar membeli-belah, anda dinasihatkan untuk bawa beg mesra alam bagi mengelakkan penggunaan beg plastik yang berlebihan.  

    Menurut Saintis Alam Sekitar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, peningkatan penggunaan plastik oleh rakyat Malaysia adalah 1.16 kilogram per kapita pada tahun 2018  dan meningkat kepada 16.8 kilogram per kapita pada 2020. 

    Ini telah membuatkan Malaysia menjadi penyumbang pencemaran plastik terbesar di Asia, menurut aktivis daripada World Wide Fund for Nature (WWF). Dengan mengamalkan penggunaan beg mesra alam, kita boleh mengurangkan penggunaan plastik dan membersihkan kembali nama baik Malaysia.

    Banyak perubahan serta inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Pada peringkat polisi, prinsip mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) telah diterapkan dalam proses membuat keputusan peringkat kerajaan. 

    “Kerajaan juga difahamkan bakal memperkenal Dasar Tenaga Negara yang komprehensif sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon.  

    “ Di samping itu, inisiatif perolehan hijau kerajaan yang sedia ada akan diperluas ke peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi menyemarak lagi usaha pengurangan karbon,” kata Yusoff lagi.

     Salah satu daripada tujuh keutamaan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ialah untuk menjadi negara rendah karbon dengan menyasarkan kewujudan 200 zon rendah karbon di seluruh negara menjelang 2030.

    Justeru, setiap indivdu dalam negara termasuk pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan matlamat menjadi negara rendah karbon demi kesejahteraan rakyat. – RELEVAN

    Previous Article6,069 kes jangkitan baharu direkodkan semalam
    Next Article Berpuasa waktu terbaik untuk bersenam, ketahui manfaat dan cara melakukannya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.