Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketahui simptom dan rawatan virus Kawasaki serta kaitannya dengan Covid-19, ini kata pakar kesihatan

    Ketahui simptom dan rawatan virus Kawasaki serta kaitannya dengan Covid-19, ini kata pakar kesihatan

    By Zubaidah IbrahimApril 17, 2022Updated:April 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RUAM pada kulit dan lidah merah membengkak antara simptom virus Kawasaki.

    BARU-BARU ini media melaporkan anak kedua pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dijangkiti virus Kawasaki.

    Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan kerana virus tersebut jarang kedengaran dan agak asing dijangkiti kanak-kanak di negara ini malah, mereka juga khuatir virus tersebut akan menjangkiti kanak-kanak lain.

    Menurut MyHeart Community virus Kawasaki pertama kali direkodkan pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr. Tomisaku Kawasaki. Lebih 75 peratus pesakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah lima tahun dan selalunya menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.

    Jika penyakit itu dapat dikesan dan mendapat rawatan awal, biasanya dapat pulih dalam masa beberapa hari. Penyebab utama virus ini masih tidak dapat dikenal pasti, tetapi penyakit ini tidak berjangkit.

    Antara simptom penyakit Kawasaki ialah seperti berikut:

    • Demam panas antara 38.3 hingga 39.4 darjah Celsius melebihi empat hari dan tidak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula
    • Kelenjar membesar terutamanya di leher
    • Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerahan
    • Konjunktivitis iaitu mata merah tetapi tidak berair
    • Lidah merah dan bengkak serta bibir pecah
    • Ruam yang sangat teruk pada kulit
    • Kemerahan pada tempat suntikan BCG
    • Kulit menggelupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu.

    Simptom virus ini datang dalam tiga peringkat. Ia boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke-10 hingga 14 selepas simptom pertama bermula.

    Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sampai hari ke-25 virus itu muncul. Virus tersebut juga boleh berterusan sampai lapan minggu.

    Bila ibu bapa perlu jumpa doktor?

    Jika ibu bapa melihat suhu badan anak menjadi sangat tinggi dalam tempoh yang lama dan tidak sembuh dengan makan ubat demam. Selain itu, anak mengalami salah satu daripada simptom Kawasaki itu maka, segeralah berjumpa engan doktor terutama jika bayi berumur bawah satu tahun.

    Virus ini tak dapat dielak, tetapi pesakit biasanya akan pulih sepenuhnya dalam masa enam hingga lapan minggu. Namun, pesakit masih boleh mendapat sebarang komplikasi.

    Lagi cepat pesakit mendapatkan rawatan adalah lebih bagus. Terdapat dua rawatan utama yang diberikan kepada pesakit  iaitu intravenous immunoglobulin (IVIG) dan aspirin.

    Sementara itu, dalam kes kanak-kanak di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Itali menunjukkan beberapa simptom penyakit Kawasaki yang mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan mempunyai kaitannya dengan Covid-19.

     Mereka juga menunjukkan tanda-tanda sindrom kejutan toksik atau masalah gastrousus termasuk sakit perut, muntah dan cirit-birit.

    Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan British berkata, mereka telah melihat peningkatan bilangan kanak-kanak lebih tinggi daripada biasa yang mengalami sindrom keradangan dan pada masa sama didapati positif Covid-19.

    Lantas ia memberi spekulasi kemungkinan berkaitan dengan penyakit Kawasaki itu atau mungkin ada satu lagi patogen berjangkit yang belum dikenal pasti dengan kes tersebut.

    Walau bagaimanapun, amaran telah dihantar kepada doktor supaya mereka boleh memantau sebarang kes yang timbul dan memberikan rawatan yang betul kepada kanak-kanak secepat mungkin.

    Kanak-kanak yang dijangkiti virus Kawasaki akan mengalami demam selama empat hari dan tidak sembuh dengan ubat demam biasa dan simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula.-Foto/Pixels

    Menurut Pakar Kesihatan Kanak-Kanak dan Penyakit Kawasaki dari Universiti Sydney, Australia, Profesor Robert Booy, jika ada kaitan Covid-19 dengan virus tersebut ia mungkin jarang berlaku.

    “Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 akan mengalami simptom ringan atau tiada simptom malah, mereka juga mengalami masalah pernafasan dan bukannya keradangan.

    “Pun begitu, mungkin kedua-duanya mempunyai kaitan kerana ia merupakan gabungan penyakit yang jarang berlaku,” katanya.

    Booy yang sebelum ini merupakan profesor pediatrik di Royal London Hospital dan pernah menjalankan kajian mengenai penyakit Kawasaki. Beliau memberitahu, Covid-19 boleh bertindak sebagai jangkitan yang tidak diketahui (kes jarang berlaku) boleh membawa kepada sindrom keradangan.

    Beliau berkata, koronavirus merosakkan saluran pencernaan lantas ia boleh membenarkan bakteria menyerang dan menyebabkan masalah sekunder.

    Selain itu, Pakar Penyakit Berjangkit Pediatrik terkemuka dari Australia, David Burgner bersetuju bahawa penyakit tersebut mungkin berkaitan dengan Covid-19.

    “Terdapat peningkatan laporan penyakit yang kita lihat pada orang dewasa dengan kemerosoton mendadak selepas satu minggu adalah disebabkan oleh perubahan dalam pembuluh darah dan bukannya perubahan dalam paru-paru.

    “Penyakit Kawasaki dan kejutan toksik adalah penyakit yang kebanyakannya menjejaskan pembuluh darah,” katanya yang bertugas di Murdoch Children’s Research Institute, Australia.

    Tambah beliau, perkara itu selaras dengan pemahaman pihaknya tentang keadaan yang boleh terjadi disebabkan oleh Covid-19.

    Walaupun begitu, kedua-dua doktor tersebut berkata, masih terlalu awal untuk mengaitkan penyakit Kawasaki dengan koronavirus memandangkan bilangan pesakit yang agak sedikit di seluruh dunia.-RELEVAN

    Previous Article9,705 kes baharu Covid-19, 12 kematian direkodkan semalam
    Next Article 6,623 kes jangkitan baharu direkodkan semalam, kekal di bawah 10,000 kes

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.