Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dua minggu memasuki fasa peralihan, kes Covid-19 negara semakin stabil

    Dua minggu memasuki fasa peralihan, kes Covid-19 negara semakin stabil

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 15, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DUA minggu selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik, keadaan jangkitan Covid-19 semakin stabil dengan kadar kematian serta kes aktif yang semakin menurun dan kadar kebolehjangkitan yang rendah.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penggunaan katil dan kemudahan kesihatan juga semakin menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.

    Kata beliau, ia selari dengan unjuran Kementerian Kesihatan yang menjangkakan kemuncak jangkitan gelombang Omicron adalah pada penghujung Mac.

    “Kita lihat, paling penting, trend kematian juga menurun mengikut unjuran kita. Kita lihat juga jumlah kes pemantauan di rumah dan peratusan yang dirujuk kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

    “Ini menunjukkan kemerosotan gejala juga menurun. Mereka yang mengasingkan diri di rumah tidak perlu lagi dihantar ke PKRC atau hsopital. Semakin ramai yang boleh pulih di rumah melalui pemantauan Kementerian Kesihatan menerusi Peralatan Penilaian di Rumah (HAT) dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya dalam aplikasi MySejahtera untuk memantau keadaan pesakit,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

    Sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan kumulatif 4,363,024 kes jangkitan Covid-19 dan 4,209,858 kes sembuh.

    Pada Februari hingga Mac, kes harian pernah mencecah lebih 30,000 kes sehari sebelum kembali stabil baru-baru ini dengan jumlah jangkitan harian pada sekitar 10,000 kes.

    Setakat semalam, kes aktif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 117,785 kes.

    Menurut laman web CovidNow, kemasukan pesakit Covid-19 di hospital juga semakin menurun iaitu kira-kira sebanyak dua peratus daripada keseluruhan jangkitan.

    Jelas Khairy, kapasiti sistem kesihatan awam juga berada dalam keadaan selesa kerana pesakit berisiko tinggi dan individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi dapat dihantar ke PKRC sebagai langkah awalan.

    “Prestasi jangkitan Covid-19 menunjukkan perubahan yang positif dan merupakan petanda yang baik.  Dalam masa terdekat kita mungkin boleh buat beberapa kelonggaran yang lain,” ujarnya lagi. – RELEVAN

    Previous Article10,413 kes jangkitan baharu direkodkan semalam, 18 kematian
    Next Article MySejahtera masih relevan, tiada kebocoran data – KJ

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.