Facebook Twitter
    Trending
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tip memilih makanan sihat untuk sahur, berbuka dan moreh

    Tip memilih makanan sihat untuk sahur, berbuka dan moreh

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 5, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RAMADAN tiba lagi! Alhamdulillah, kita semua berpeluang meraikan bulan penuh keberkatan ini pada tahun ini.

    Dalam kita menjalankan ibadah puasa tahun ini, kesihatan tubuh badan jangan dilupa. Puasa bukanlah alasan untuk kita makan apa sahaja yang kita mahu ketika berbuka dan meninggalkan aktiviti senaman. Sebaliknya, amalan berpuasa inilah peluang terbaik untuk kita memulakan semula rejim penjagaan kesihatan yang tersusun dan konsisten.

    Bulan Ramadan membantu kita menyusun waktu dan kehidupan dengan lebih baik. Berbeza dengan bulan-bulan sebelumnya, kita jarang menetapkan waktu yang spesifik untuk makan dan beribadah. Dalam bulan Ramadan, kita berbuka pada waktu Maghrib, bermoreh selepas tarawih dan bersahur sebelum Subuh. Masa makan kita disusun dengan baik sepanjang bulan.

    Sehubungan itu, penting untuk kita tahu, apa makanan yang sesuai diambil sepanjang tiga waktu makan itu? Berikut merupakan pilihan makanan sihat sewaktu berbuka puasa, moreh dan sahur yang dicadangkan oleh Pakar Pemakanan dan Perkhidmatan Makanan Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Sandussin.

    • Sahur

    Menurut Norhayati, waktu yang sesuai untuk kita bersahur ialah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Kata beliau, makanan yang digalakkan untuk waktu sahur ialah makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.

    “Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan boleh mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira lapan jam untuk dicernakan sepenuhnya,” katanya.

    Selain itu, Norhayati juga mencadangkan supaya kita mengambil makanan berasaskan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.

    Jelas beliau, protein yang rendah nilai biologikal (BV) lebih baik kerana semakin rendah nilai BV, semakin lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang dicadangkan ialah kekacang, soya, ayam, kasein atau protein susu, daging dan ikan.

    • Berbuka puasa

    Ini yang paling mencabar, Norhayati menyarankan kita jangan terus makan makanan berat ketika berbuka puasa. Sebolehnya, buka puasa dengan  makanan ringan seperti kurma, buah-buahan segar dan sebagainya. Selang 30 hingga 60 minit barulah kita ambil makanan utama seperti nasi bersama lauk-pauk. Memang betullah amalan orang tua-tua di kampung. Biasanya mereka minum seteguk air, makan sebiji kurma kemudian solat Maghrib. Selepas solat baru makan hidangan utama.

    Menurut Norhayati, selang masa antara pengambilan makanan ringan dengan berat itu penting untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman. 

    Untuk hidangan utama, Norhayati mencadangkan makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana atau gula, dan perbanyakkan pengambilan air kosong. Menu berbuka puasa juga boleh dipelbagaikan asalkan mengikut Piramid Makanan Malaysia.

    “Selain itu, kita juga perlu mengambil air mencukupi sama ada dalam bentuk minuman atau sup untuk mengelakkan dehidrasi,” katanya.

    • Moreh

    Satu lagi waktu makan yang popular ketika bulan Ramadan ialah moreh. Waktu moreh biasanya selepas selesai solat tarawih, baik dilakukan secara jamuan di masjid, sendiri-sendiri di rumah mahupun bersama rakan-rakan di kedai-kedai.

    Jelas Norhayati, pengambilan makanan waktu moreh dibenarkan tetapi jangan makan secara keterlaluan. Kata beliau, elakkan makanan berat seperti nasi atau mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.

    Oleh itu, beliau menyarankan pengambilan snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic atau kuih-muih bagi mendapatkan moreh yang berkualiti.

    “Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititikberatkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh,” katanya. – RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari rencana “Pilih makanan sihat sepanjang Ramadan” yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 3 April 2022.

    Previous Article10,002 kes jangkitan baharu Covid-19
    Next Article Lihat ke mata anak, ibu bapa perlu jadi pendengar yang baik

    Artikel berkaitan

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Artikel Terkini

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.