Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penghidap hemofilia mampu hidup normal

    Penghidap hemofilia mampu hidup normal

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 1, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENGHIDAP hemofilia mampu menjalani kehidupan normal, berkerjaya, berkeluarga serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.

    Presiden Pertubuhan Hemofilia Malaysia (PHM), Edwin Goh berkata, hemofilia tidak berbahaya sekiranya penghidap mempunyai akses untuk mendapatkan rawatan yang khusus dan mencukupi dalam masa yang pantas.

    Tambahan lagi, katanya, ia bukanlah penyakit yang berjangkit.

    Sehubungan itu, PHM telah bekerjasama dengan pelbagai pihak sepanjang 42 tahun penubuhannya, termasuk dengan doktor, pakar perubatan, jururawat serta pihak berkepentingan lain untuk menyediakan rawatan komprehensif di pusat rawatan hemofilia.

    “Pada waktu ini, rawatan yang disediakan untuk penghidap boleh didapati di pusat-pusat rawatan hemofilia di Malaysia yang dilengkapi dengan ciri-ciri rawatan komprehensif.

    “Namun begitu, Malaysia berpotensi untuk menambah baik aspek perawatan dan penjagaan penghidap hemofilia, sekali gus menjadi negara contoh di Asia Tenggara.

    “Berikutan kejayaan Kementerian Kesihatan membendung penularan wabak Covid-19 sejak 2020, tidak dinafikan Malaysia mempunyai kapasiti untuk mencapai objektif tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hemofilia merupakan penyakit warisan yang berpunca daripada kekurangan faktor pembekuan darah.

    Menurut portal MyHealth, hemofilia boleh dikesan melalui tanda-tanda lebam yang besar, pendarahan di dalam sendi dan otot dengan spontan, pendarahan yang berlaku dengan spontan tanpa sebab tertentu dan pendarahan berpanjangan selepas terluka, cabut gigi atau selepas pembedahan.

    Penghidap hemofilia juga lazimnya sinonim dengan simptom bengkak pada sendi dan otot diikuti pendarahan berpanjangan. Ia merupakan sejenis penyakit keturunan yang tidak berjangkit.

    Edwin berkata, di Malaysia, seramai 1,140 penghidap hemofilia telah dikenal pasti melalui laporan Kaji Selidik Global 2020 oleh Persekutuan Hemofilia Sedunia (WFH).

    Namun, jumlah tersebut sedikit berbanding anggaran 3,300 orang penghidap, berdasarkan jangkaan seorang daripada setiap 10,000 kelahiran merupakan penghidap hemofilia.

    Jelas Edwin, sambutan Hari Hemofilia Sedunia pada 17 April setiap tahun merupakan platform bagi PHM untuk menguar-uarkan maklumat berkenaan hemofilia untuk kesedaran masyarakat umum.

    Sehubungan itu, kata beliau, PHM bakal mengadakan Kempen Kesedaran Hemofilia menjelang 17 April ini.

    “Di samping kesedaran umum, PHM juga menyeru kepada majikan-majikan supaya tidak menganggap calon pekerja yang menghidap hemofilia tidak setanding dengan calon lain kerana mereka juga mampu berkhidmat dengan sempurna berbekalkan rawatan kendiri yang mudah dilaksanakan,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article5 K-Drama menarik tentang kerjaya
    Next Article 17,476 kes jangkitan baharu semalam, 30 kematian

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.