Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Siapa sebenarnya yang perlu mengambil vitamin?

    Siapa sebenarnya yang perlu mengambil vitamin?

    By Zubaidah IbrahimMarch 11, 2022Updated:November 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: 8photo - www.freepik.com

    KITA sering mendengar iklan tentang kebaikan multivitamin seperti dapat mengurangkan risiko untuk mengidap penyakit jantung, kanser dan dapat mengurangkan masalah kemerosotan kognitif.

    Persoalannya, adalah kita benar-benar perlu mengambil multivitamin untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mencegah pelbagai penyakit?

    Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran, tidak semua orang memerlukan vitamin tambahan kerana ia boleh diperoleh daripada diet pemakanan harian yang cukup untuk memberikan nutrisi terbaik kepada badan kita.

    Dalam hal ini, pelbagai kajian dilakukan untuk melihat keberkesanan multivitamin, antaranya kajian melibatkan 450,000 orang mendapati, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau kanser.

    “Selain itu, kajian mengenai kesihatan mental melibatkan 5,947 pesakit dalam masa 12 tahun menunjukkan, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat kemerosotan mental.

    “Turut dijalankan kajian membabitkan 1,708 pesakit yang mendapat serangan jantung yang mana mereka diberi multivitamin dengan dos tinggi berbanding pesakit tidak mengambil vitamin selama 55 bulan,” katanya.

    Jelas beliau, keputusan kajian menunjukkan, tiada sebarang perbezaan dari risiko untuk mendapat serangan jantung berulang, operasi jantung atau kematian terhadap dua kumpulan itu.

    Bahaya jika dos tinggi

    Pengkaji di seluruh dunia juga membuat kesimpulan, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat serangan jantung, kanser dan kemerosotan kognitif atau kematian.

    Dalam kebanyakan kajian mendapati, vitamin seperti vitamin E dan beta karotina adalah berbahaya kepada kesihatan badan, lebih-lebih lagi jika diberikan pada dos tinggi.

    Anda harus ingat, pil vitamin bukan jalan pintas untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit kronik.

    Makanan tambahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) adalah lebih terbukti kajiannya dalam meningkatkan kesihatan tubuh seperti pengambilan makanan sihat, selain mengurangkan berat badan dan meminimumkan pengambilan lemak tepu, lemak trans, garam dan gula dalam pemakanan.

    Golongan yang memerlukan Vitamin

    Pengecualian diberikan kepada beberapa individu yang memerlukan vitamin untuk memastikan kesihatan badan di tahap optimum disebabkan kurangnya vitamin dalam diet atau mereka mempunyai penyakit kronik yang mana vitamin dapat membantu untuk hidup lebih sihat.

    Contoh terbaik adalah ibu hamil, mereka perlu mengambil vitamin asid folik untuk mengelak daripada mendapat masalah pembentukan saraf kepada bayi yang dikandung.

    “Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar semua wanita yang berkahwin atau diumur reproduksi perlu mengambil vitamin asid folik 400 mikrogram sehari.

    “Contoh lain adalah pesakit buah pinggang kronik yang mana mereka mempunyai masalah kekurangan sel darah merah atau hemoglobin,” jelasnya.

    Perkara itu disebabkan pengurangan penghasilan hormon erythropoietin dalam badan yang sangat penting untuk penghasilan sel darah merah.

    Untuk pesakit buah pinggang, mereka diberikan vitamin B12, asid folik, vitamin C dan zat besi bagi memastikan penghasilan darah merah pada tahap optimum.

    Tidak dilupakan pesakit osteoporosis ataupun masalah tulang rapuh yang sangat kerap berlaku kepada pesakit wanita yang telah menopaus.

    Mereka diberikan vitamin D bagi menguatkan tulang agar tidak mendapat penyakit osteoporosis.

    Dalam pada itu, kebanyakan vitamin tidak memberi masalah kesihatan yang serius.

    Bagaimanapun, adalah penting untuk kita sentiasa cakna denga apa diambil.

    Kita perlu sentiasa bertanya kepada doktor sama ada vitamin yang diambil memberi kesan kepada kesihatan.

    Risiko kanser

    Ini kerana, sesetengah vitamin tidak sesuai untuk pesakit kronik seperti yang mempunyai penyakit hati atau kepada mereka yang melakukan pembedahan.

    Kita juga perlu ingat, sesetengah vitamin yang dijual, kandungannya tidak dilabel dengan tepat.

    Vitamin K akan mengurangkan keberkesanan ubat warfarin (pencair darah) dan ini membuatkan pesakit lebih senang untuk mendapat risiko darah beku.

    Gingko yang meningkatkan keberkesanan ubat cair darah boleh membuat pesakit mendapat pendarahan dalam badan.

    Beta karotina atau vitamin A pula boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru terhadap perokok.

    Seeloknya, selalulah berbincang dengan doktor, pegawai farmasi atau pakar dietetik sebelum mengambil sebarang vitamin atau suplemen.

    Tiada yang dapat menandingi pengambilan nutrien daripada pemakanan sihat. Suplemen atau vitamin tidak seharusnya dijadikan pengganti kepada makanan sebenar.- RELEVAN

     *Artikel ini disunting dari artikel “Adakah kita benar-benar perlu mengambil vitamin?”  yang disiarkan di Kosmo pada 18 Februari 2022

    Previous Article30,787 kes baharu, 70 kematian
    Next Article 5 langkah ini kurangkan kesan negatif pengambilan kopi berlebihan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.