Facebook Twitter
    Trending
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah anda mempunyai pemikiran toksik di tempat kerja? Analisa diri dengan empat soalan ini

    Adakah anda mempunyai pemikiran toksik di tempat kerja? Analisa diri dengan empat soalan ini

    By Zubaidah IbrahimMarch 10, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: jcomp - www.freepik.com

    JIKA anda mendapati diri sering berfikiran negatif ketika bekerja, maka anda mempunyai pemikiran toksik tentang pekerjaan dan tempat kerja anda. Adalah penting untuk anda mengenal pasti corak pemikiran dan emosi anda di tempat kerja sama ada bersama rakan sekerja atau majikan.

    Jika anda tidak pasti sama ada pemikiran toksik menghantui hidup anda, laman web  money.usnews.com berkongsi empat soalan beserta tip untuk menilai diri anda tentang situasi tersebut.

    1. Adakah anda terlalu terpengaruh dengan pendapat rakan sekerja tentang diri anda?

    Tidak semua orang akan menyukai anda di tempat kerja. Jika anda seorang yang mahu diraikan dan diberi perhatian dalam kehidupan profesional. Ia mungkin pil yang sukar untuk ditelan.

    Berhati-hati dengan pemikiran toksik yang terlalu bergantung kepada pandangan orang lain untuk menilai diri sendiri sehingga menyekat potensi diri kerana terlalu risau pemikiran orang lain.

    2. Adakah pengharapan anda terhadap orang lain terlalu tinggi?

    Sama ada mengharapkan bos anda membaca fikiran atau keinginan anda untuk kenaikan pangkat atau mahukan rakan sekerja mengajak anda keluar makan tengah hari dengan lebih kerap. Kadang kala isu seumpama ini boleh membuatkan anda terperangkap dalam pemikiran toksik yang menghalang hubungan baik bersama rakan pejabat.

    3. Adakah anda tertarik dengan gosip, perkara negatif dan aduan?

    Perasaan anda di tempat kerja juga ditentukan oleh dengan siapa anda berinteraksi. Jika anda mendapati diri lebih tertarik mengumpat dan bersama orang yang membawa minda menjadi lebih negatif adalah sangat sukar untuk kekal positif.

    4. Adakah anda memberi tekanan yang tidak munasabah ke atas diri anda?

    Tidak kira seberapa keras anda bekerja dan seberapa banyak melakukannya untuk berjaya. Hanya sedikit kerja yang boleh dilaksanakan. Meletakkan terlalu banyak tekanan kepada diri sendiri untuk menjadi sempurna atau menghasilkan keputusan cemerlang adalah strategi mental yang toksik seperti terlalu menekan orang lain.

    Tip untuk meningkatkan prestasi kerja dan kekal positif dalam persekitaran tempat kerja yang toksik

    1. Pengaruh pandangan negatif

    Jika anda terpengaruh dengan pandangan negatif rakan sekerja. Cuba fikir kembali bila bermulanya permikiran buruk itu.

    Cuba fokus dengan perkara penting dan fikirkan diri anda bagus apabila melakukan kerja yang hebat. Berbanding memberi tumpuan pendapat orang terhadap anda. Sudah tiba masanya mengubah sikap atau cara pandang anda terhadap suasana negatif.

    2. Pengharapan terlalu tinggi kepada orang lain

    Situasi di tempat kerja boleh menjadi perkara yang menyakitkan, tetapi tidak akan terjadi jika anda tidak mengambil peduli hal negatif itu. Undur selangkah jika perbuatan mereka itu mengerikan dan atau tidak mampu melawannya.

    3. Jauhkan diri daripada sumber negatif

    Terdapat penyelesaian mudah jika anda tertarik dengan gosip, perkara negatif dan aduan. Jauhkan diri daripada mereka dan sumber negatif sebelum mempengaruhi pemikiran anda. Ia akan membantu sikap dan kerjaya anda pada masa akan datang.

    4. Kekalkan pemikiran positif

    Anda perlu fokus untuk mengekalkan perasaan positif dan lakukan terbaik bagi menghapuskan pemikiran negatif.- RELEVAN

    Previous Article30,246 kes baharu Covid-19, 113 kematian semalam
    Next Article 30,787 kes baharu, 70 kematian

    Artikel berkaitan

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Artikel Terkini

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.