Facebook Twitter
    Trending
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang anda perlu tahu tentang Paxlovid?

    Apa yang anda perlu tahu tentang Paxlovid?

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 7, 2022Updated:March 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan kelulusan penggunaan ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer untuk merawat pesakit Covid-19 minggu lalu. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebanyak 110,000 unit ubat tersebut akan tiba di Malaysia bulan ini dan keutamaan akan diberikan untuk merawat pesakit berisiko tinggi.

    Selain Malaysia, Amerika Syarikat (AS) juga telah meluluskan penggunaan ubat tersebut melalui penguatkuasaan penggunaan kecemasan (EUA) pada Disember lalu dan Singapura memberikan kelulusan interim pada bulan lalu. Ubat itu juga diluluskan penggunaannya di Kesatuan Eropah dan Korea Selatan.

    Bagi membantu pembaca memahami fungsi dan manfaat penggunaan Paxlovid, Relevan mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan ubat ini untuk anda. 

    • Paxlovid ini ubat jenis apa?

    Paxlovid merupakan ubat dalam bentuk persediaan oral (tablet untuk dimakan) yang diluluskan untuk merawat pesakit dewasa Covid-19. Setakat ini, Paxlovid diutamakan untuk merawat pesakit bergejala ringan sehingga sederhana yang berisiko tinggi beralih ke gejala yang lebih berat.

    Paxlovid merupakan gabungan dua ubat, iaitu nirmatrelvir dan ritonavir. Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS, nirmatrelvir merupakan ubat antiviral yang dapat menghentikan penggandaan virus Covid-19 manakala ritonavir memperlahankan pemecahan nirmatrelvir supaya ia kekal dalam tubuh dengan kepekatan yang tinggi dalam tempoh yang lebih lama.

    • Bagaimana penggunaan Paxlovid?

    FDA AS menetapkan supaya pesakit mengambil tiga tablet Paxlovid (dua tablet nirmatrelvir dan satu tablet ritonavir) sebanyak dua kali sehari selama lima hari. Paxlovid tidak dibenarkan untuk diambil lebih daripada lima hari berturut-turut.

    DI Malaysia, Kementerian Kesihatan juga menetapkan tempoh lima hari pengambilan Paxlovid dan ubat tersebut perlu diberikan segera selepas pesakit dikesan positif Covid-19, dalam tempoh lima hari bergejala untuk keberkesanan yang optimum.

    • Adakah Paxlovid berkesan untuk merawat Covid-19?

    Menurut ujian yang dilakukan Pfizer, Paxlovid berjaya mengurangkan 89 peratus risiko penghospitalan atau kematian akibat Covid-19. Dalam ujian yang dilaksanakan, tiada kematian dicatatkan dalam kalangan pesakit yang menerima Paxlovid berbanding 10 kematian dalam kalangan pesakit yang menerima ubat plasebo. 

    • Ada risiko kesan sampingan?

    Menurut The Straits Times, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura mendapati Paxlovid secara umumnya boleh diterima tubuh pesakit dengan kejadian kesan sampingan yang rendah. Kesan sampingan yang lazim untuk ubat tersebut adalah ringan sehingga sederhana seperti perubahan deria rasa, cirit-birit, muntah-muntah, tekanan darah tinggi, sakit otot dan kesejukan.

    Walau bagaimanapun, ubat tersebut mungkin berinteraksi dengan pelbagai ubatan lain seperti ubat sakit jantung, migrain dan kolesterol, menyebabkan peningkatan jumlah ubat-ubatan dalam darah. Ini mungkin menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk.

    Sehubungan itu, pemberian Paxlovid perlu mengikut preskripsi doktor yang telah membuat pertimbangan berhati-hati terhadap kesannya kepada pesakit.

    • Adakah vaksin tidak diperlukan lagi selepas ada Paxlovid?

    Menurut Kementerian Kesihatan, Paxlovid tidak bertujuan untuk menggantikan pemvaksinan Covid-19. Ia juga tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada tindakan kesihatan awam dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Dalam erti kata lain, anda masih perlukan vaksin dan menjaga penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka, walaupun Paxlovid sudah tersedia. – RELEVAN

     

    *Fakta dan penggunaan terma dalam artikel ini telah disemak oleh ahli farmasi, Fahmi Hassan.

    covid-19 featured kesihatan KKM paxlovid
    Artikel Terkini

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025

    Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.