Facebook Twitter
    Trending
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    • Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kes harian terus catat penurunan, 23,100 kes baharu semalam

    Kes harian terus catat penurunan, 23,100 kes baharu semalam

    By March 1, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBANYAK 23,100 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan semalam, penurunan berterusan sejak kes harian tertinggi sebanyak 32,070 kes dicatatkan pada 24 Februari lalu. 

    Ini menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 3,442,736 kes setakat semalam.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian tersebut, 186 kes atau 0.81 peratus merupakan pesakit dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 22,914 kes atau 99.19 peratus lagi kategori 1 dan 2.

    Jelas beliau, sebanyak 8,304 kes atau 35.95 peratus didiagnosis dalam kategori 1; 14,610 kes (63.24 peratus) dalam kategori 2; 96 kes (0.42 peratus) dalam kategori 3; 39 kes (0.17 peratus) dalam kategori 4 dan 51 kes (0.22 peratus) lagi dalam kategori 5.

    Semalam juga, negara mencatatkan kes sembuh melebihi kes baharu dengan 30,624 kes, menjadikan jumlah kesembuhan sebanyak 3,116,564 kes, 90.5 peratus daripada keseluruhan kes terkumpul.

    Sementara itu, menurut laman web CovidNow, sebanyak 75 kematian disebabkan Covid-19 dicatatkan semalam dengan 20 daripadanya merupakan kematian sebelum dibawa ke hospital (BID).

    Jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 32,749 kematian dengan 6,710 daripadanya merupakan BID.

    Setakat semalam, kes aktif berkurang kepada 293,423 kes. Daripada jumlah tersebut, 281,714 atau 96 peratus menjalani kuarantin di rumah dan 3,467 atau 1.2 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

    Sebanyak 7,881 pesakit atau 2.7 peratus lagi menjalani rawatan di hospital, 168 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 193 lagi berada di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN

    covid-19 DG Hisham featured kes harian kesihatan
    Artikel Terkini

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    June 5, 2025

    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    June 5, 2025

    Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

    June 4, 2025

    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    June 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.