Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diet DASH kawal darah tinggi, elak hipertensi

    Diet DASH kawal darah tinggi, elak hipertensi

    By Zubaidah IbrahimFebruary 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: master1305 - www.freepik.com

    DARAH tinggi ataupun hipertensi merupakan penyakit yang biasa kita dengar tetapi masih ramai dalam kalangan pesakit tidak cakna dengan komplikasi penyakit itu sedangkan ia boleh membawa kepada masalah kesihatan lebih serius seperti strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan kerosakan mata.

    Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, hampir 30 peratus rakyat Malaysia mempunyai risiko untuk mendapat masalah darah tinggi.

    Jumlah itu bersamaan dengan 6.4 juta penduduk negara ini. Sebanyak 15.9 peratus daripada jumlah tersebut mengetahui mereka mempunyai hipertensi manakala 14.1 peratus pula tidak mengetahui mereka menghidap penyakit kronik itu.

    Bagi pesakit yang mengetahui mempunyai masalah itu, 90 peratus daripada mereka mengambil ubat hipertensi tetapi hanya 45 peratus sahaja mempunyai tekanan darah yang terkawal.

    Selain daripada mengambil ubat darah tinggi, pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal tekanan darah.

    Diet DASH

    Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran, cara terbaik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi atau mengelakkan hipertensi adalah dengan mengamalkan pemakanan dikenali kaedah diet untuk menghentikan hipertensi (DASH).

    “Diet ini terdiri daripada makanan yang kaya dengan garam potassium, kalsium dan magnesium.

    “DASH memang terbukti dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dalam masa dua minggu,” katanya.

    Bukan itu sahaja, diet itu juga dapat mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan (LDL) yang mana menjadi punca utama berlakunya serangan jantung.

    Beliau turut menyarankan agar pesakit darah tinggi mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan garam sodium yang tinggi, lemak tepu dan gula tambahan.

    Pengurangan pengambilan garam sodium kepada 2,300 mg sehari adalah sangat digalakkan. Ia bersamaan dengan satu sudu garam sehari.

    Garam sodium boleh meningkatkan kandungan air dalam badan dan menyebabkan peningkatan tekanan darah.

    Cadangan pengambilan kalori sehari

    “Cadangan diet DASH berdasarkan pengambilan 2,000 kalori sehari. Ia merangkumi pengambilan bijirin enam hingga lapan hidangan serta sayuran empat hingga lima sajian setiap hari.

    “Dalam pada itu, bagi buah-buahan pula, pengambilan yang disarankan adalah empat hingga lima kali sehari, manakala hasil tenusu tanpa lemak atau kurang lemak antara dua hingga tiga kali sehari. Selain itu, mereka yang mengamalkan diet ini boleh juga mengambil daging lembu, ayam, itik atau ikan satu hidangan sehari manakala kekacang empat hingga lima kali sehari,” ujarnya.

    Pengambilan lemak dan minyak untuk diet jenis ini adalah sebanyak dua hingga tiga hidangan sehari manakala gula dan makanan manis lima kali sehari. Melalui diet DASH, kita dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 11 mmHg.

    Diet ini bukan sahaja bagus untuk pesakit darah tinggi dalam usaha mengurangkan tekanan darah tinggi mereka, tetapi juga kepada yang ingin mengelakkan diri daripada mendapat hipertensi.- RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari artikel “Pemakanan berkesan kawal darah tinggi” yang disiarkan di Kosmo! pada 12 November 2021.

    Previous ArticleMalaysia mencatatkan 25,099 kes baharu, 43 kematian
    Next Article Lima kemahiran untuk jadi pekerja idaman

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.