Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah untuk kenal pasti kerjaya sesuai

    5 langkah untuk kenal pasti kerjaya sesuai

    By February 11, 2022Updated:November 11, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: senivpetro - www.freepik.com

    PERNAHKAH terlintas di fikiran, sama ada anda telah memilih kerjaya yang betul atau sebaliknya? Kesilapan memilih bidang pekerjaan mendorong ramai orang untuk menukar pekerjaan sekurang-kurangnya sekali.

    Jika anda berasa buntu, tidak pasti dan keliru, jangan risau. Ikuti sahaja lima langkah yang dikongsikan oleh Jurulatih Kerjaya, Ashley stahl untuk mencari kerjaya yang benar-benar sesuai untuk anda.

     1. Ambil penilaian kerjaya

    Ujian personaliti kerjaya memberitahu anda pekerjaan apa yang sesuai untuk diceburi pada masa akan datang. Penilaian kerjaya yang betul sebenarnya sangat berguna untuk mencari haluan yang tepat.

    Hasil penilaian itu akan memberitahu kelebihan seseorang individu dan anda perlu tahu cara untuk menggunakan keistimewaan tersebut dalam melonjakkan prestasi kerja. Namun, harus diingat ujian kerjaya tersebut bukanlah jalan pintas tetapi sekadar panduan.

     2. Buat senarai pilihan

    Untuk memilih kerjaya impian, anda perlu menyusun pilihan itu dengan teliti termasuklah melihat peluang pekerjaan, pendidikan dan laluan kerjaya.

    Sebaik selesai menulis segala-galanya, anda boleh huraikan perkara itu dan memperhalusi matlamat utama menceburi bidang tersebut. Cuba senaraikan seberapa banyak pilihan supaya anda mempunyai banyak pilihan.

    Anda juga boleh menyusun pilihan daripada yang terbaik kepada paling teruk dan menggabungkan beberapa pilihan yang mungkin serupa.

    3. Cari persamaan

    Perkara yang anda mahir, perkara yang diperlukan oleh syarikat dan perkara yang anda suka lakukan mungkin berbeza, tetapi penting untuk cuba mencari persamaan antara ketiga-tiga itu.

    Begitulah cara anda mencari laluan kerjaya yang optimum. Anda bukannya sekadar melihat jawatan sahaja, namun perlu mempertimbangkan minat, hobi dan kemahiran.

    Lihat kembali pengalaman kerja sebelum ini. Adakah anda suka melakukan pekerjaan tersebut? Apa yang anda tidak suka? Mengetahui nilai, minat dan kemahiran akan membantu anda memahami jenis kerjaya yang sesuai diceburi.

    4. Jaringan

    Sama ada anda sedang aktif mencari kerjaya baharu atau hanya cuba memahami laluan kerja, jaringan atau network adalah sangat penting.

    Lebih ramai orang yang anda temui, lebih banyak cerapan anda akan perolehi tentang keadaan persekitaran kerja, sifat orang dan cara mereka menikmati kerja. Justeru, cari dan dapatkan sebanyak mungkin jaringan kerana 85 peratus pekerjaan diisi dengan mengambil kira daripada jaringan itu.

    5. Tanya mentor

    Membuat keputusan untuk memilih sesuatu kerjaya merupakan perkara besar yang melibatkan masa hadapan kita maka, ia tidak boleh dipertimbangkan oleh pandangan diri kita sendiri, tetapi perlu mendapatkan pandangan daripada mereka berpengalaman atau mentor.

    Mentor akan memberi anda bimbingan dan membantu melonjakkan lagi prestasi kerjaya yang bakal anda ceburi.- RELEVAN

    kerjaya idaman penilaian kerjaya pilih kerja

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    October 16, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025

    Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

    October 13, 2025

    Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

    October 10, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.