PETALING JAYA: Sebanyak 10 kematian dicatatkan akibat Covid-19 semalam dengan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Menurut data dari laman web CovidNow, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sehingga semalam ialah 32,075 kematian dengan 6,474 BID.
Semalam juga mencatatkan 19,090 kes baharu dan menjadikan jumlah terkumpul kes Covid di Malaysia sebanyak 2,975,424 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan 5,712 kes sekali gus, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan daripada Covid-19 ialah sebanyak 2,835,464.
Sementara itu, terdapat 107,883 kes aktif dengan 96,655 orang atau 89.6 peratus daripadanya menjalankan kuarantin di rumah.
Sebanyak 5,751 orang atau 5.3 peratus lagi menjalankan kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 5,319 pesakit atau 4.9 peratus berada di hospital manakala 80 pesakit (0.1 peratus) berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 78 (0.1 peratus) lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN