Facebook Twitter
    Trending
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menjaga kesihatan di era pandemik

    Menjaga kesihatan di era pandemik

    By February 10, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh William Choquette (Pexels)

    PENGALAMAN  pandemik setiap orang tidak sama. Ada yang lebih gembira kerana dapat menghabiskan lebih masa dengan keluarga, ada pula yang ditimpa kesedihan akibat kehilangan orang tersayang.

    Tinjauan Kesejahteraan Bermula Dari Rumah oleh Gardenia dan Cilisos Media mendapati, sesetengah rakyat Malaysia pada mulanya gembira dapat duduk di rumah pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

    Namun, selepas PKP berlanjutan sehingga beberapa bulan, 30 peratus daripada respondennya mula rasa tertekan.

    Malah, 30 peratus responden juga mengakui mereka tidak keluar rumah dalam tempoh hampir dua minggu semasa PKP, menyebabkan beberapa kesan negatif terhadap kebersihan peribadi dan amalan pemakanan mereka.

    Menurut tinjauan tersebut, 11.8 peratus responden mengaku tidak mandi, menukar baju atau memberus gigi selama tiga hari berturut-turut dan 63 peratus berkata mereka makan apa sahaja yang diingini tanpa mengira waktu.

    Sebanyak 26 peratus responden pula makan lebih banyak, 15.9 peratus makan kerana tertekan dan 37 peratus mengalami kenaikan berat badan sepanjang PKP.

    Menyedari kesan negatif kawalan pergerakan kepada sesetengah individu, Gardenia berkongsi empat tip untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri yang boleh diamalkan, terutamanya menjelang fasa endemik kelak, yang mana kita akan kembali kepada norma hidup yang lama.

    • Jaga pemakanan

    Hanya 8.6 peratus daripada responden tinjauan Gardenia berkata, mereka mengamalkan pemakanan yang seimbang semasa PKP. Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kesihatan dan anda boleh merujuk piramid makanan terbaharu yang disediakan di portal Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan.

    Menurut piramid makanan tersebut, orang ramai digalakkan mengambil dua sajian buah-buahan dan lebih tiga sajian sayur-sayuran sehari. Untuk karbohidrat pula, digalakkan mengambil tiga hingga lima sajian sehari. Orang ramai juga digalakkan minum enam hingga lapan gelas air sehari. Mengambil kira segelas air berukuran 250 mililiter, bermakna kita harus minum 1.5  hingga 2 liter air sehari.

    • Rajinkan diri bersenam

    Seramai 59.5 peratus responden mengakui mereka tidak bersenam semasa PKP. Bersenam merupakan satu lagi elemen penting dalam penjagaan kesihatan, baik fizikal mahupun mental. Kajian menunjukkan bahawa amalan berjalan kaki selama 20 minit sehari boleh mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 30 peratus manakala berjalan kaki selama 30 minit pula boleh meningkatkan kecergasan kardiovaskular, menguatkan tulang, mengurangkan lebihan lemak badan serta meningkatkan tenaga dan daya tahan otot.

    • Luang masa untuk diri sendiri

    Pandemik memberi kesan kepada kesihatan mental kita. Ramai yang mengalami kebosanan kerana terperuk di rumah lalu mengalami kelesuan pandemik. Oleh sebab itu, kita perlu ‘memanjakan’ diri atau meluangkan masa untuk buat sesuatu yang menggembirakan diri. Setiap orang punya cara yang berbeza untuk memanjakan diri. Ada yang melakukan senaman yoga, bersantai di spa atau di salon kuku. Tidak kira apa pilihan anda, yang penting kita luangkan masa untuk diri sendiri.

    • Bersederhanalah

    Pandemik telah menyerlahkan beberapa perkara membimbangkan tentang rakyat Malaysia. Antaranya, ramai yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan asas. Ramai juga yang bersikap tidak acuh tentang tahap kesihatan mereka. Untuk menjalani kehidupan yang baik, kita perlu menjaga diri dengan baik. Menjaga kesihatan bukanlah bererti kita meninggalkan semua nikmat dunia yang ada seperti makanan yang sedap, cuma perlu menikmatinya dengan sederhana. – RELEVAN

    Previous ArticlePelajar IPT dibenar masuk kampus secara berperingkat bermula 1 Mac
    Next Article 9 kematian, 4 BID akibat Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.