Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa punca manusia tersedu?

    Apa punca manusia tersedu?

    By Umi FatehahAugust 6, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa punca manusia tersedu? - GAMBAR HIASAN

    SEDU ialah keadaan yang hampir semua orang pernah alami, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Walaupun ia biasanya hanya berlaku beberapa minit, pelbagai petua digunakan untuk menghentikannya. Antara satu amalan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat ialah meletakkan tisu basah di atas dahi terutamanya untuk bayi. 

    Persoalannya, adakah petua itu benar-benar berkesan atau sedu sebenarnya mempunyai penjelasan saintifik?

    Menurut Cleveland Clinic, sedu berlaku apabila otot diafragma iaitu otot yang terletak di bawah paru-paru dan berperanan membantu proses pernafasan mengecut secara tiba-tiba. Pada masa yang sama, pita suara akan tertutup dengan pantas, sekali gus menghasilkan bunyi sedu.

    Kebanyakan sedu hanya berlaku dalam tempoh beberapa minit dan akan hilang dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan. Bagi petua meletakkan tisu basah di atas dahi bayi pula, sehingga kini tiada bukti saintifik yang membuktikan kaedah itu berkesan. 

    Ada yang berpendapat ia sekadar mengalihkan perhatian tubuh, namun kebanyakan sedu akan berhenti sendiri selepas beberapa ketika.

    Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sedu, antaranya ialah:

    1. Makan terlalu cepat

    Apabila makan dengan tergesa-gesa, kita bukan sahaja menelan makanan, malah turut menelan udara. Keadaan ini boleh merangsang diafragma lalu menyebabkan sedu.

    1. Minum minuman bergas

    Minuman berkarbonat mengandungi gas yang boleh menyebabkan perut mengembang. Tekanan pada diafragma akibat gas tersebut boleh mencetuskan sedu.

    1. Makan terlalu kenyang

    Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa menyebabkan perut menjadi penuh dan menekan diafragma, sekali gus meningkatkan risiko mengalami sedu.

    1. Perubahan suhu secara mengejut

    Contohnya, selepas menikmati minuman panas, anda terus minum air yang sangat sejuk. Perubahan suhu yang mendadak boleh merangsang diafragma dan menyebabkan sedu bagi sesetengah individu.

    1. Perubahan emosi

    Perasaan seperti terkejut, terlalu gembira, cemas atau tertekan juga boleh mempengaruhi saraf yang mengawal pergerakan diafragma, sekali gus mencetuskan sedu.

    Cara hentikan sedu

    Walaupun tiada kaedah yang dijamin berkesan untuk semua orang, beberapa cara berikut sering membantu menghentikan sedu:

    1. Menahan nafas selama 10 hingga 20 saat sebelum menghembuskannya perlahan-lahan.
    2. Minum segelas air secara perlahan.
    3. Menarik nafas dalam-dalam beberapa kali bagi membantu merehatkan diafragma.
    4. Mengelakkan makan atau minum secara tergesa-gesa.

    Sedu biasanya tidak berbahaya. Namun, jika ia berterusan melebihi 48 jam atau menyebabkan kesukaran makan, tidur atau bernafas, anda disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor.

    Dalam keadaan yang jarang berlaku, sedu yang berpanjangan boleh menjadi petanda masalah kesihatan seperti gangguan saraf, penyakit tertentu, masalah pada sistem penghadaman atau kesan sampingan ubat-ubatan.

    Pasti ramai pernah mendengar orang tua-tua berkata, “Kalau tersedu, maknanya nak besar.” Hakikatnya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan sedu ada kaitan dengan pertumbuhan badan. Sedu hanyalah tindak balas badan yang sementara sahaja.

    Jadi, kalau anda yang masih di bangku sekolah tersedu, jangan sangkakan esok atau lusa ketinggian makin bertambah. Apatah lagi kalau yang tersedu itu orang tua, sudah tentu ia bukan petanda badan akan membesar lagi. Kalau benar sedu menyebabkan kita semakin tinggi, tentu kita semua mempunyai ketinggian yang luar biasa! – RELEVAN

    Previous ArticleBerapa banyak air perlu minum di sekolah?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.