Facebook Twitter
    Trending
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    By Umi FatehahJune 25, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak. - GAMBAR HIASAN COTTONBRO/PEXELS

    RAMAI pencari kerja beranggapan pengalaman kerja yang panjang sudah cukup untuk menarik perhatian majikan. Hakikatnya, masih ramai yang menghantar puluhan resume tanpa menerima sebarang panggilan temuduga.

    Dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif, resume yang bagus bukan sekadar menyenaraikan pengalaman kerja. Ia perlu menunjukkan mengapa anda lebih layak berbanding calon lain.

    Berikut lima sebab mengapa resume anda mungkin ditolak walaupun mempunyai pengalaman kerja atau ciri pekerja yang syarikat tertentu mencari.

    1. Resume tidak disesuaikan dengan jawatan yang dimohon

    Ramai pencari kerja menghantar resume yang sama kepada puluhan syarikat tanpa membuat sebarang perubahan, sedangkan setiap jawatan mempunyai keperluan dan kemahiran yang berbeza.

    Jika resume tidak mengandungi kemahiran atau kata kunci yang dicari majikan, peluang untuk melepasi sistem saringan automatik (ATS) menjadi lebih rendah.

    Sebelum menghantar permohonan, luangkan sedikit masa untuk menyesuaikan resume mengikut jawatan yang dimohon.

    1. Hanya menyenaraikan tugas, bukan pencapaian

    Majikan bukan sekadar mahu tahu apa yang anda lakukan tetapi apa yang berjaya dicapai.

    Contohnya, daripada menulis ‘mengurus media sosial syarikat’, nyatakan hasil yang diperoleh seperti ‘meningkatkan jumlah pengikut sebanyak 40 peratus dalam tempoh enam bulan’.

    Pencapaian yang boleh diukur biasanya lebih menarik perhatian perekrut.

    1. Resume terlalu panjang

    Tidak semua pengalaman kerja perlu dimasukkan.

    Resume yang terlalu panjang dan padat boleh menyebabkan maklumat penting tenggelam. Perekrut sering menilai resume dalam masa yang singkat. Jadi, pastikan maklumat yang paling relevan mudah ditemui.

    Secara amnya, satu hingga dua muka surat sudah memadai bagi kebanyakan calon.

    1. Format resume mengelirukan sistem saringan

    Ramai calon memilih template yang cantik dan penuh grafik kerana mahu resume kelihatan lebih menarik.

    Namun sesetengah format seperti jadual, kotak teks, ikon, carta dan susun atur dua lajur boleh menyebabkan sistem ATS gagal membaca maklumat dengan tepat. Akibatnya, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mungkin tidak dapat dikesan oleh sistem.

    Reka bentuk yang menarik tidak semestinya memberi kelebihan. Dalam banyak keadaan, resume yang lebih ringkas dan tersusun sebenarnya lebih berkesan.

    1. Kemahiran yang dipaparkan tidak selari dengan keperluan majikan

    Ada calon yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun tetapi masih gagal kerana pengalaman tersebut tidak diterjemahkan dengan jelas kepada keperluan jawatan yang dimohon.

    Sebagai contoh, jika syarikat mencari individu yang mempunyai kemahiran pengurusan projek, resume anda perlu menunjukkan pengalaman berkaitan pengurusan projek, bukannya hanya menyatakan anda seorang pekerja yang rajin dan berdedikasi.

    Perekrut mahu melihat bukti bahawa anda boleh melakukan tugas yang diperlukan, bukan sekadar membaca senarai yang umum.

    Jangan salahkan pengalaman semata-mata

    Jika anda sudah menghantar banyak permohonan tetapi masih belum dipanggil temuduga, jangan terus menganggap pengalaman kerja anda tidak mencukupi.

    Kadangkala masalah sebenar bukan terletak pada pengalaman tetapi cara ia dipersembahkan dalam resume. Resume yang jelas, relevan dan mudah difahami boleh meningkatkan peluang anda untuk melepasi saringan awal dan menarik perhatian majikan.

    Dalam pasaran kerja yang kompetitif, memiliki pengalaman sahaja tidak mencukupi. Apa yang lebih penting ialah memastikan pengalaman itu dipaparkan dengan betul supaya nilai anda dapat dilihat oleh perekrut. – RELEVAN

    Previous Article7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    Artikel berkaitan

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026
    Artikel Terkini

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.