Facebook Twitter
    Trending
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    By Umi FatehahJune 24, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya? - GAMBAR HIASAN ICON/PEXELS

    “ISH! Susahnya nak tidur, banyak sangat nyamuk. Kalau nyamuk tidak wujud mesti dapat tidur dengan aman”.

    Nyamuk memang antara haiwan yang paling ramai orang tidak suka. Kecil, mengganggu dan selepas digigit, pasti akan meninggalkan bintat yang gatal. Dalam kebanyakan situasi, ia hanya dianggap sebagai perosak – terutamanya perosak tidur yang mesti dihapuskan.

    Namun, dalam konteks sains dan alam sekitar, hampir tiada spesies yang wujud tanpa fungsi, termasuk nyamuk.

    Nyamuk bukan sekadar pengganggu

    Walaupun sering dilihat sebagai ancaman kepada manusia, nyamuk sebenarnya merupakan sebahagian daripada rantai makanan dalam ekosistem.

    Ia menjadi sumber makanan kepada pelbagai haiwan lain seperti:

    • Ikan kecil
    • Katak
    • Burung
    • Kelawar
    • serangga lain

    Tanpa nyamuk, sebahagian spesies ini mungkin kehilangan salah satu sumber makanan penting mereka, terutamanya di kawasan tertentu seperti paya, hutan dan kawasan lembap.

    Nyamuk bantu pendebungaan

    Tidak semua nyamuk menghisap darah. Nyamuk betina yang memerlukan darah untuk menghasilkan telur sahaja akan mencari mangsa untuk digigit. Nyamuk jantan pula lebih banyak bergantung kepada nektar bunga.

    Dalam proses ini, nyamuk turut membantu dalam pendebungaan tumbuhan secara tidak langsung apabila mereka bergerak dari satu bunga ke bunga yang lain.

    Walaupun peranannya tidak sebesar lebah atau rama-rama, ia tetap menyumbang kepada keseimbangan ekosistem.

    Apa akan jadi jika nyamuk pupus?

    Secara teori, jika nyamuk hilang sepenuhnya, dunia tidak akan menjadi lebih aman. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kepupusan nyamuk boleh menyebabkan sesetengah spesies pemangsa berkurang, mengganggu keseimbangan rantaian makanan serta menjejaskan sesetengah tumbuhan yang bergantung kepada proses pendebungaan.

    Namun, pada masa yang sama, saintis juga berpendapat bahawa alam biasanya boleh menyesuaikan diri dengan kehilangan satu spesies, bergantung kepada peranan spesies tersebut dalam ekosistem.

    Nyamuk masih perlu dikawal

    Walaupun nyamuk turut menyumbang peranan dalam alam, ini tidak bermaksud kita perlu membiarkannya membiak tanpa kawalan.

    Nyamuk masih menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan zika. Jadi, kawalan populasi nyamuk tetap penting untuk melindungi kesihatan manusia.

    Terdapat beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengurangkan pembiakan nyamuk di rumah. Antaranya memastikan tiada air bertakung di dalam atau sekitar rumah seperti di pasu bunga, baldi atau bekas terbuka. Selain itu, pastikan longkang sentiasa bersih dan tidak tersumbat.

    Penggunaan kelambu ketika tidur, menutup tingkap pada waktu tertentu serta menjaga kebersihan kawasan rumah juga boleh membantu mengurangkan gangguan nyamuk.

    Langkah kecil ini bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih selesa tetapi juga membantu mengurangkan risiko penyakit yang dibawa oleh nyamuk. – RELEVAN

    Previous Article8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    Artikel berkaitan

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026
    Artikel Terkini

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.