Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 makanan cegah jadi pelupa

    5 makanan cegah jadi pelupa

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 8, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TABIAT mudah lupa hingga mengganggu kehidupan harian boleh menjadi petanda kepada penyakit demensia.

     

    Kebimbangan ini diburukkan dengan jangkaan Malaysia mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas merangkumi 15.3 peratus daripada keseluruhan populasi. Seiring peningkatan golongan warga emas, risiko kes demensia juga dijangka bertambah.

     

    Demensia merupakan sindrom yang menjejaskan daya ingatan, pemikiran, tingkah laku dan keupayaan melakukan aktiviti harian. Sehingga kini, penyakit ini masih belum mempunyai penawar yang dapat menyembuhkannya sepenuhnya. 

     

    Justeru, langkah pencegahan awal menerusi amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang amat penting bagi membantu mengekalkan kesihatan otak.

     

    Berikut ialah lima makanan yang dikaitkan dengan fungsi memori yang lebih baik serta berpotensi mengurangkan risiko kemerosotan kognitif apabila diamalkan secara konsisten.

     

    1. Ulam Raja

    Menurut kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), demensia berpotensi dicegah dari peringkat awal melalui pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus.

     

    Kajian tersebut mendapati ulam raja mengandungi kandungan polifenol yang tinggi. Sebatian ini berfungsi meningkatkan tahap antioksidan dalam darah selain membantu pembentukan sel neuron baharu yang penting untuk fungsi otak.

     

    Hasil kajian melibatkan 48 sukarelawan warga emas berusia 60 tahun ke atas menunjukkan mereka yang mengamalkan pengambilan ekstrak ulam raja mengalami peningkatan positif dari segi daya ingatan dan memori berbanding sebelum mengambil makanan kesihatan tambahan tersebut.

     

    1. Keluarga buah beri

    Buah beri seperti beri biru, beri hitam dan raspberi terkenal sebagai sumber antioksidan yang tinggi.

     

    Antioksidan membantu melindungi sel-sel otak daripada kerosakan akibat radikal bebas yang boleh mempercepatkan proses penuaan dan kemerosotan kognitif. 

     

    Selain itu, kebanyakan buah beri mempunyai kandungan gula yang lebih rendah berbanding sesetengah buah-buahan lain, menjadikannya pilihan snek yang lebih sihat.

     

    Pengambilan buah beri secara berkala dikaitkan dengan fungsi memori yang lebih baik dan membantu menajamkan minda.

     

    1. Ikan berlemak 

    Makanan laut, khususnya ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin dan makarel merupakan sumber asid lemak omega-3 yang terbaik.

     

    Omega-3 memainkan peranan penting dalam pembentukan dan fungsi sel otak. Nutrien ini membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran, tumpuan dan daya ingatan selain menyokong kesihatan otak secara keseluruhan.

     

    Pakar nutrisi menggalakkan pengambilan dua hingga tiga hidangan ikan seminggu bagi memastikan tubuh memperoleh bekalan omega-3 yang mencukupi.

     

    1. Kekacang dan bijirin

    Kekacang dan bijirin mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin E, vitamin B, kolin, magnesium, zink, antioksidan serta asid lemak omega-3.

     

    Gabungan nutrien ini membantu melindungi sel otak daripada kerosakan, menyokong fungsi saraf dan memperlahankan kemerosotan kognitif yang sering berlaku apabila usia meningkat.

     

    Antara pilihan yang boleh dimasukkan dalam diet harian ialah kacang walnut, badam, kacang tanah, kacang soya dan kuaci.

     

    1. Telur

    Telur merupakan sumber protein berkualiti yang mengandungi kolin, iaitu nutrien yang penting untuk pembentukan penghantar neuron yang terlibat dalam proses daya ingatan.

     

    Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition mendapati individu yang mengambil sekurang-kurangnya sebiji telur seminggu berisiko lebih rendah untuk menghidap penyakit demensia berbanding mereka yang tidak mengambil telur langsung.

     

    Pengambilan telur sebagai sebahagian daripada diet seimbang boleh membantu menyokong kesihatan otak dalam jangka panjang. – RELEVAN

    Previous Article5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    Next Article Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.