DALAM kesibukan menguruskan kerjaya, keluarga dan pelbagai komitmen harian, ramai wanita cenderung meletakkan keperluan diri di tempat kedua.
Ada yang terlalu fokus memenuhi tanggungjawab terhadap orang lain sehingga terlupa untuk meluangkan masa menjaga diri sendiri. Akibatnya, kesihatan, kesejahteraan emosi dan penampilan sering diabaikan.
Hakikatnya, penjagaan diri bukan sekadar soal kecantikan. Ia juga berkait rapat dengan keyakinan diri, kesihatan mental dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Apabila wanita meluangkan masa untuk menjaga diri sama ada melalui senaman, rehat yang mencukupi atau rawatan penjagaan diri, ia boleh membantu mereka berasa lebih segar, yakin dan bersedia menghadapi cabaran harian.
Penjagaan diri semakin mendapat perhatian
Kesedaran mengenai kepentingan penjagaan diri semakin meningkat dalam kalangan wanita Malaysia, khususnya mereka yang berdepan jadual harian yang padat.
Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mengakui walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen kerja, beliau tetap percaya bahawa penjagaan diri tidak boleh diabaikan.
Menurutnya, beliau juga bersikap selektif dalam memilih jenama yang ingin diwakili.
“Saya tidak mudah untuk menerima tawaran ambassador.
“Tapi apabila saya mengetahui lebih lanjut tentang Estika Medispa, komitmen mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan, saya rasa ini adalah jenama yang boleh diwakili dengan penuh keyakinan,” katanya.
Penjagaan diri bukan sekadar untuk kelihatan cantik
Ramai yang masih menganggap rawatan kecantikan hanya bertujuan untuk memperbaiki penampilan.
Namun, bagi sesetengah wanita, rawatan penjagaan diri juga menjadi sebahagian daripada usaha menjaga kesejahteraan diri dan meningkatkan keyakinan.
Masalah seperti kulit kusam, jerawat, parut, tanda penuaan, pigmentasi atau tekanan akibat penampilan diri boleh memberi kesan kepada emosi dan keyakinan seseorang.
Justeru, mendapatkan rawatan yang sesuai bukan sekadar untuk tampil lebih menarik tetapi juga membantu wanita berasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Pelbagai pilihan rawatan mengikut keperluan wanita
Hari ini, terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dipertimbangkan oleh wanita mengikut keperluan masing-masing.
Estika Medispa menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dan penjagaan diri yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Keutamaan mereka bukan sekadar menyediakan rawatan tetapi memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Antaranya termasuk rawatan wajah untuk membantu menangani masalah kulit, anti-penuaan, mencerahkan kulit serta mengurangkan parut jerawat di muka dan badan. Untuk maklumat lanjut, layari www.estika.com.
Ketua Pegawai Operasi Estika Medispa, Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir berkata, kepercayaan pelanggan merupakan antara faktor paling penting dalam membina hubungan jangka panjang dengan pengguna.
Katanya, pemilihan Hawa Rizwana sebagai duta jenama dibuat berdasarkan kredibiliti dan imej positif yang dibawa oleh personaliti tersebut.
“Kolaborasi bersama Hawa Rizwana telah membawa Estika Medispa ke khalayak yang lebih luas.
“Hari ini, lebih ramai rakyat Malaysia mengenali kami dan yang lebih penting, mereka mempercayai kami. Itulah yang kami cari,” katanya.
Luangkan masa untuk diri sendiri
Dalam dunia yang menuntut wanita memainkan pelbagai peranan dalam satu masa, memberi ruang dan masa untuk diri sendiri tidak patut dipandang remeh.
Sama ada melalui aktiviti riadah, mendapatkan rehat yang mencukupi atau menjalani rawatan penjagaan diri yang sesuai, setiap usaha kecil yang dilakukan boleh menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan emosi.
Penjagaan diri bukanlah satu bentuk kemewahan atau sifat mementingkan diri. Sebaliknya, ia merupakan satu langkah penting untuk memastikan wanita dapat terus menjalani kehidupan dengan lebih sihat, yakin dan seimbang. – RELEVAN


